Archive for November, 2009

Seminar DreamWeekend Pada 19 – 20 Disember 2009

Monday, November 23rd, 2009

Akhirnya setelah dirancang dengan begitu teliti dan dicampur tolakkan dengan kos untuk memberikan tawaran yang terbaik kepada peserta, akhirnya Seminar DreamWeekend DreamDiamond.net akan diadakan pada 19 & 20 Disember di First Business Inn di Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Mungkin para pembaca tertanya-tanya apakah seminar DreamWeekend ini dan adakah ianya bertujuan untuk merekrut / menaja para peserta yang menghadiri seminar daripada pihak DreamDiamond.net ini?

Jawapannya adalah tidak sama sekali. Seminar ini memberi fokus kepada pembinaan (more…)

Tahniah dan Selamat Datang Kepada Jasrizal

Monday, November 16th, 2009

Tahniah

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada saudara Jasrizal kerana telah membuat keputusan yang terbaik untuk menyertai perniagaan networking bersama kumpulan Dream Diamond Group Kuala Lumpur. Buat pengetahuan para pembaca, Jasrizal merupakan seorang pelajar yang masih menuntut ilmu di Politeknik Shah Alam. Beliau telah ditaja oleh downline saya yang begitu komited dalam perniagaan iaitu saudara Norazwan bin Jalil.

Besar harapan saya untuk berjumpa dengan saudara Jasrizal jika ada masa yang terluang untuk memberi motivasi dan inspirasi dalam membina perniagaan bertaraf global ini. Semoga Norazwan dan Jasrizal dapat membina perniagaan ini dengan berasaskan perhubungan sesama manusia iaitu saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Jika mempunyai sebarang masalah anda boleh terus menghubungi sesiapa sahaja dalam pasukan ini. Tiada istilah orang lama atau orang baru. Kami semua sama seperti anda. Mempunyai impian dan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai matlamat yang diimpikan.

Jangan sesekali mengaku kalah. Teruskan usaha dan kejayaan pasti berada di genggaman anda. Ingatlah bahawa dalam perniagaan networking bersama pasukan kami ialah “sebuah kejayaan yang pasti”. Dengan ini, kami warga Dream Diamond Group Kuala Lumpur sentiasa mendoakan kejayaan anda.

Salam usahawan, salam kejayaan.

MLM, Skim Cepat Kaya & Kebenarannya.. – Sambungan

Saturday, November 14th, 2009

Seperti yang telah saya janjikan kepada para pembaca untuk bercerita dengan lebih lanjut tentang perbezaan mlm dan skim cepat kaya. Semoga artikel kali ini dapat memberi kesedaran kepada anda dan saya sendiri mengenai gejala yang kian menular dalam negara ini. Semoga kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain untuk membanteras (more…)

MLM, Skim Cepat Kaya & Kebenarannya..

Thursday, November 12th, 2009

Tujuan artikel ini ditulis bertujuan agar dapat menyedarkan kita semua antara perbezaan perniagaan networking (Multilevel Marketing) dan skim cepat kaya. Penulisan ini dihasilkan berdasarkan pengalaman saya sendiri mengenai dunia MLM yang amat ketara sekali perbezaannya dengan skim cepat kaya. Apa yang membuat saya begitu sedih sekali apabila kita lihat kebanyakkan mereka yang telah menyertai skim cepat kaya ini adalah terdiri daripada kaum melayu.

Pendapat saya, skim cepat kaya ini diwujudkan atas satu tujuan sahaja, iaitu mengaut keuntungan daripada anda sebanyak yang mungkin. Kemudian setelah mendapat jumlah maksimum yang telah dirancang, maka tibalah masanya untuk mereka meninggalkan anda tanpa meninggalkan sebarang kesan dan pada waktu inilah anda berada dalam keadaan yang paling “ngeri” sekali. Ada yang berbelanja lebih RM100k untuk menyertai skim seperti ini setelah dipujuk dengan ayat-ayat manis daripada mereka yang kononnya mengatakan ia adalah sebuah perniagaan yang sah dan cuma perlu berdiam diri untuk menunggu duit masuk ke poket anda, dan akhirnya anda yang terseksa. Bayangkan dengan jumlah wang sebanyak itu, banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan untuk menaik tarafkan kehidupan anda seperti menyertai perniagaan MLM yang sebenar.

Dengan wujudnya skim cepat kaya ini, maka berlakulah (more…)

5 Tips Menjamin Kejayaan Anda Dalam Perniagaan Networking

Tuesday, November 10th, 2009

Bagi seorang yang masih lagi mentah dalam perniagaan networking dan sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan yang tidak akan tamat untuk selama-lamanya, begitu seronok sekali berada dalam perniagaan networking kerana kini mempunyai sebuah pasukan yang dianggap seperti sebuah keluarga baru. Itulah antara nikmat yang diberikan kepada mereka yang menyertai perniagaan networking ini.

Daripada seorang insan yang tiada kenalan di luar negeri, kini mempunyai rangkaian di pelbagai jenis negeri di serata Malaysia. Daripada seorang insan yang tidak mengenal seorang pun yang mempunyai profesyen kerjaya yang professional, kini mengenali beberapa orang doktor, arkitek, pemilik perniagaan konvesyional dan pelbagai lagi. Seakan tiada penghalang antara pangkat dan harta sesama manusia, hanya diri kita sendiri yang membina tembok penghalang dengan mereka.

Baiklah, entri kali ini diulas berdasarkan (more…)