Archive for February, 2010

3 Rahsia Semangat Berpasukan Dalam Perniagaan

Friday, February 26th, 2010

Antara perbezaan yang ketara dalam perniagaan networking berbanding perniagaan-perniagaan lain yang boleh kita lihat ialah semangat bekerja sebagai satu pasukan. Mungkin ada yang kurang bersetuju mengenai kenyataan ini. Namun mari kita huraikan apakah keistimewaan jika anda semua bekerja sebagai satu pasukan.

1. Kuasa MI (Motivasi Inspirasi) Setiap Hari

Apabila anda mempunyai sebuah pasukan yang saling menyokong antara satu sama lain. Perasaan untuk mengaku kalah jarang sekali akan wujud dalam diri anda. Ramai usahawan MLM yang gagal dalam perniagaan mereka kerana cuba untuk “berdikari” dan bergerak secara perseorangan. Perkara ini tidak salah, cuma jarang sekali kita lihat golongan seperti ini berjaya mencapai matlamat kebebasan masa dan kewangan melalui perniagaan ini.

Oleh yang demikian, mewujudkan semangat berpasukan dalam perniagaan MLM anda adalah penting bagi memberi motivasi dan inspirasi terhadap satu sama lain.

2. Kejayaan Bersama

Bukankah perniagaan MLM sebuah perniagaan yang  berkonsepkan “Kita akan berjaya jika kita menjayakan orang lain”. Perkara ini sering dilupakan oleh para usahawan MLM ketika mereka pertama kali perniagaan dalam perniagaan ini. Tindakan pertama yang saya lakukan kepada pasukan saya ialah menerapkan kepercayaan sepenuhnya terhadap konsep ini agar dapat memecahkan tembok penghalang mereka untuk berjaya dalam perniagaan MLM.

3. Mengharungi Cabaran Bersama

Poin ini lebih kurang serupa dengan poin yang sebelumnya namun huraiannya lebih mendalam. Pernahkah anda rasa ingin mengaku kalah ketika menjalankan perniagaan ini? Jika anda pernah menghadapi kesukaran seperti ini, maka ia adalah jelas bahawa anda memerlukan sebuah pasukan yang sentiasa menyokong anda dari belakang.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda dalam perniagaan yang diceburi. Tujuan DreamDiamond.net ini ditubuhkan bagi memberikan motivasi dan inspirasi terhadap para usahawan MLm termasuk saya sendiri agar menjadikan ia sebagai sebuah perniagaan yang mampu memberikan kebebasan masa dan kewangan serta lifestyle yang saya idamkan 2 tahun dari sekarang.

Persepsi saya mengenai perniagaan MLM

Thursday, February 18th, 2010

Proses pembelajaran dalam perniagaan networking telah banyak membantu saya memahami selok belok dan makna sebenar disebalik perniagaan yang kebanyakkan “ditakuti” oleh pelbagai jenis manusia. Dari golongan suri rumah hinggalah ke tahap yang digelar professional. Namun begitu, tidak semua yang mempunyai pandangan negative terhadap perniagaan networking. Hanya segelintir sahaja yang memahami bahawa perniagaan ini bukan jenis SKC (Skim Cepat Kaya) atau program OASK (Orang Atas Sahaja Kaya).

Anda hanya boleh bermula jika mempunyai mentaliti yang betul

Tahun 2009 merupakan tahun pertama saya memulakan cabaran dengan menyertai salah sebuah syarikat perniagaan MLM yang merupakan perintis dalam perniagaan ini. Saya begitu yakin dengan syarikat ini bukanlah dek kerana “Peluang Buat Duit” semata-mata. Perkara pertama yang membuatkan saya begitu teruja mengenai syarikat ini ialah kualiti produk yang disampaikan kepada pengguna.

Tidak dapat dinafikan bahawa produk yang disediakan bertaraf global. Malah keberkesanannya tidak perlu lagi diceritakan oleh kerana ianya telah dibuktikan lebih 40 tahun yang lalu sehingga hari ini. Selain daripada itu, keteguhan syarikat ini juga membuatkan saya rasa bahawa pilihan ini adalah tepat, seumpama kita berjaya memulakan langkah pertama dalam perniagaan MLM iaitu “Memilih Syarikat Perniagaan Yang Dipercayai”.

Namun begitu, langkah seterusnya iaitu ia merupakan langkah yang paling kritikal dimana sikap dan mentaliti individu itu sendiri. Saya percaya kebanyakkan yang menyertai perniagaan MLM / Networking rata-rata menganggap bahawa ia dapat memberi keuntungan yang pantas. Buat pengetahuan anda, perniagaan ini tidak akan sesekali memberikan keuntungan yang pantas, tetapi ia dapat menjamin bahawa anda akan mendapat kebebasan masa dan kewangan.

Mengapa saya berkata demikian? Ini berikutan mentaliti kebanyakkan masyarakat kita yang kurangnya pendedahan terhadap makna perniagaan itu sendiri. Mereka beranggapan bahawa perniagaan MLM adalah satu jalan pintas untuk menjadi kaya raya. Jika ia dilihat sedemikian rupa, mengapa tidak semua sahaja yang menyertainya?

Apabila bercerita mengenai perniagaan, maka anda perlu jelas bahawa anda mempunyai produk atau perkhidmatan yang boleh diniagakan. Kelebihannya disini ialah:

  • Anda disediakan produk oleh syarikat.
  • Anda boleh meluaskan perniagaan dengan sistem penajaan yang disediakan.
  • Bantuan dan sokongan perniagaan diberikan secara percuma mahupun berbayar.

Kesimpulannya, mentaliti individu itu sendiri perlu diubah agar ia dapat membentuk semangat keusahawan dalam diri sebelum melangkah masuk ke dalam dunia perniagaan. Sentiasalah berusaha untuk terus maju ke hadapan. Jangan sesekali menyerah kalah.

Teknik Penajaan – Merendahkan individu lain

Wednesday, February 17th, 2010

Dalam penajaan, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan bagi mendapatkan penajaan mudah. Antaranya ialah merendah-rendahkan keupayaan individu (prospek) dengan harapan mereka dapat sedar bahawa peluang untuk mengubah kehidupan sudah berada di hadapan mata. Persoalan saya disini, adakah ianya wajar dilakukan?

Meskipun peluang perniagaan tersebut memang lumayan dan tidak harus dilepaskan, namun kita harus sedia menerima sebarang jawapan daripada prospek samada “Ya” atau sebaliknya. Dengan menghormati jawapan mereka, maka akan tingkatkanlah kepercayaan mereka terhadap kita dalam perbincangan yang seterusnya. Ini bermaksud apabila mereka berkata “Tidak”, ini tidak bermakna mereka tidak mahu langsung menyertai perniagaan ini.

Berkemungkinan besar mereka tidak memahami struktur keseluruhan peluang perniagaan yang anda ingin sampaikan. Oleh itu, follow up adalah perkara utama yang anda harus lakukan.

Hubungi mereka dan komunikasi dengan baik. Berikan sampel produk percuma.

Follow up dalam konteks perniagaan networking bermaksud menghubungi prospek bagi meningkatkan keyakinan mengenai peluang perniagaan yang diberikan. Demikian itu, senjata rahsia anda ialah melalui produk yang anda niagakan.

Ingat, salah satu kekuatan perniagaan MLM bergantung pada produk. Produk itulah yang akan mencipta perasaan ingin berkongsi kepada rakan-rakan yang lain. Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah memberikan sampel produk kepada mereka secara percuma terlebih dahulu. Dari situ, biar mereka sendiri menilai produk yang anda niagakan.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan untuk memajukan perniagaan MLM anda. Jika anda mengalami sebarang masalah, sila hubungi saya di admin@dreamdiamond.net. Bagi anda yang ingin menjalankan perniagaan E-Commerce Franchising, sila layari laman web 7 Figure E-Commerce Business System untuk mendapatkan maklumat lanjut.

2 Syarikat perniagaan MLM yang disyaki menipu

Wednesday, February 3rd, 2010

Entri kali ini akan menjurus kepada berita yang berlaku di sekeliling kita. Baru sebentar sahaja tadi saya disedarkan daripada sebuah artikel oleh saudara Wan Mohd Musyris dimana dalam blog beliau (WanMus.com) menceritakan terdapat 2 syarikat perniagaan MLM yang menggunakan konsep kafe akan menjalani siasatan lanjut kerana disyaki mengamalkan konsep yang menyalahi undang-undang.

Maafkan saya kerana tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut kerana saya sendiri masih belum meneliti dengan lebih mendalam mengenai kes ini. Walau bagaimanapun, pada mereka yang telah menjalankan perniagaan ini diharap jangan berputus asa dan menyangka bahawa rezeki telah tertutup. Sesungguhnya pandanglah dari sudut yang berbeza. Mungkin ini pengajaran yang dapat mendidik anda bahawa betapa pentingnya mengenali syarikat perniagaan MLM itu sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertainya.

Untuk berita selanjutnya, sila layari laman blog WanMus.com dengan klik pada pautan di bawah:

http://wanmus.com/mlm-penipu.html