Archive for March, 2010

Rahsia menjenamakan diri dalam perniagaan MLM

Sunday, March 28th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam video ini, saya akan berkongsi dengan tuan berkenaan strategi-strategi bagi membina jenama agar dapat meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan prospek untuk bekerjasama dengan tuan. Selain itu, saya juga akan menyediakan langkah-langkah bagi melakukan penjenamaan dengan segera.

Mohon tonton video ini dan sebarkan pada rakan-rakan seperjuangan tuan agar mereka peroleh kebaikan bersama. Sebarang pendapat boleh dikemukakan melalui ruangan komen yang disediakan.

Salam kejayaan. :)

(P.S: Jangan lupa untuk sertai eKursus Rahsia Membina Sistem Perniagaan MLM)

3 kesilapan pemasaran MLM dan bagaimana untuk mengatasinya

Saturday, March 27th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

(Link asal: http://www.youtube.com/watch?v=qfOx5RYxzhg)

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sahabat yang sentiasa menyokong saya untuk membangunkan perniagaan jaringan ini. Sehingga terbitnya video ini dengan bertujuan untuk berkongsi ilmu sebaik mungkin dengan tuan semua.

Dalam video ini, anda akan ditunjukkan 3 kesilapan pemasaran MLM yang sentiasa kita lakukan dalam keadaan tidak sedar. Semoga perkongsian saya dalam video ini dapat sedikit sebanyak membantu tuan disamping menambahkan ilmu pengetahuan bagi membangunkan perniagaan MLM tuan.

Sebarang cadangan dan pendapat tuan amat saya hargai. :)

Majalah “JUTAWAN” membicarakan perniagaan Multi-Level Marketing

Sunday, March 14th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin membuat sedikit pengumuman bahawa eKursus “Rahsia Membina Sistem Perniagaan 7 Angka” telah siap sepenuhnya. Cuma terdapat beberapa penambahbaikan dari segi laman web dan grafik. Sebaik sahaja segalanya selesai, saya akan maklumkan pelancarannya melalui laman blog ini. Diharap agar anda dapat sertainya.

Berkaitan dengan tajuk entri, majalah yang dikenali sebagai “Wadah Informasi Usahawan” iaitu Majalah JUTAWAN isu kali ini membincangkan isu yang berkaitan dengan perniagaan MLM atau lebih dikenali sebagai Multi-Level Marketing.

Jadi, saya sarankan anda untuk mendapatkan majalah ini dengan segera bagi memahami apakah erti sebenar perniagaan ini. Ini berikutan nama perniagaan MLM kini menjadi lebih buruk akibat daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Buat pengetahuan anda, Majalah Jutawan boleh didapati di mana-mana kedai buku yang berdekatan dengan harga RM8.90. Isu yang diketengahkan kali ini juga melibatkan ikon jutawan internet iaitu saudara Irfan Khairy. Jadi saya harap anda tidak melepaskan peluang untuk menambahkan ilmu-ilmu perniagaan.

Salam sukses! :)

Kemana hilangnya semangat anda?

Monday, March 8th, 2010

Artikel ini ditulis oleh Muhammad Aqif bin Azizan. Pemilik laman web http://www.DreamDiamond.net. Anda dibenarkan untuk menyebarkan artikel ini selagi anda tidak mengubah sebarang isi kandungan yang terkandung dalam artikel ini.

Menjadi usahawan bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan semangat dan konsistensi dalam meluaskan empayar perniagaan. Walaubagaimanapun, terdapat satu situasi yang amat ditakuti oleh semua usahawan dimana situasi ini dapat meruntuhkan segala usaha yang telah anda bina selama ini dalam sekelip mata. Apakah situasi yang saya maksudkan ini?

Kehilangan Semangat Untuk Berjuang

Membuat keputusan untuk menjadi seorang usahawan adalah sama seperti menjadi seorang askar. Pada awalnya, mereka tidak akan mudah berputus asa untuk mencapai kemenangan. Perjuangan tetap diteruskan walau pelbagai cabaran menimpa di hadapan mereka. Bagi seorang askar, berjuang biarlah sampai ke titisan darah yang terakhir.

Namun begitu, apabila kemenangan (kejayaan) berjaya dikecapi, segala musuh telah ditewaskan, segala pertempuran telah berjaya dihadapi dengan jayanya, akan muncul satu perasaan “tamat”…  Seolah-olah tiada apa lagi yang perlu diperjuangkan mereka. Inilah yang dikatakan “kehilangan semangat untuk berjuang” kerana kini mereka sudah berjaya mencapai segala-galanya.

Apakah yang boleh dikaitkan dengan nilai-nilai keusahawanan?

Wahai rakan-rakan seperjuangan DDG Networks sekalian, perjuangan anda baru sahaja bermula. Meskipun kalian sudah bertungkus-lumus untuk meluaskan empayar perniagaan, janganlah sesekali mengaku kalah. Jadilah seperti seorang askar yang setia pada negara yang dipertahankannya sehingga sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.

Bagi yang telah mencapai kejayaan dalam perniagaan yang diceburi, janganlah mudah berasa selesa di atas. Perjuangan anda masih belum tamat kerana masih ramai lagi di luar sana yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada anda. Ingatlah bahawa selagi anda masih lagi bernafas di muka bumi ini, maka perjuangan anda masih belum berakhir.

Semoga perkongsian saya dalam artikel ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi untuk rakan-rakan seperjuangan DDG Networks dalam mengembangkan sayap perniagaan mereka untuk kecapi impian dan matlamat masing-masing.

Ingat, jangan sesekali berputus asa. Dengan itu, salam kejayaan saya ucapkan. :)

Tahniah pada usahawan DDG Networks – Norasikin binti Musa

Friday, March 5th, 2010

Pada hari Jumaat (6 Mac 2010), pihak DDG Networks berjaya mengembangkan perniagaan franchise kami dimana saudarai Norasikin binti Musa telah bersetuju untuk bekerjasama bersama kami dalam membangunkan perniagaan ini.

Justeru itu, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau kerana mengambil langkah pertama untuk mencapai matlamat kebebasan masa dan kewangan bersama pasukan DDG Networks.

Melalui “7 Figure Ecommerce Business Franchising”, saya yakin bahawa sistem ini dapat membantu para usahawan untuk memulakan perniagaan E-Commerce Franchising berkos rendah. Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda digalakkan untuk melayari laman web di bawah:

http://www.dreamdiamond.net/7figure