Siapa Kami

Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk memberikan maklumat perniagaan mengenai Multilevel Marketing khususnya dimana pihak kami mendapati bahawa perniagaan berkonsepkan MLM kini semakin mendapat sambutan dari pelbagai pihak.

Dalam masa yang sama, akibat muncul pelbagai penipuan wang atau lebih dikenali sebagai “money game”, rakyat tempatan menjadi was-was dan lebih berhati-hati sebelum menyertai mana-mana syarikat perniagaan.

Misi dan Visi DreamDiamond.net

Pihak DreamDiamond.net yang dipelopori oleh beberapa individu yang berpengalaman dalam perniagaan MLM mempunyai visi untuk meningkatkan semula kualiti perniagaan MLM dan misi kami adalah untuk meningkatkan lagi kepercayaan orang ramai bahawa MLM bukanlah perniagaan yang hanya menguntungkan orang atasan semata-mata seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pengasas DreamDiamond.net

Aqif Azizan merupakan seorang penerbit produk digital, blogger dan juga penulis bebas. Idea beliau untuk menerbitkan blog ini bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Tetapi beliau yakin dengan wujudnya medium informasi seperti ini, ia akan dapat mendidik rakyat Malaysia untuk berniaga dengan sah dan mengelakkan rakyat daripada terjebak dengan skim cepat kaya yang hanya membazirkan wang, masa dan tenaga.

DreamDiamond.net juga disokong oleh beberapa orang penulis yang mempunyai niat untuk membantu rakyat tempatan bagi memahami lebih lanjut mengenai perniagaan MLM dari pelbagai aspek seperti kesahihan syarikat, pelan pemasaran, proses menjana pendapatan dan pelbagai lagi.

Bagaimana Kami Dapat Membantu Anda?

Menerusi blog  ini, anda akan disajikan dengan maklumat yang amat bernilai seperti tips-tips perniagaan MLM konvensional mahupun internet, strategi pemasaran, motivasi perniagaan, temu ramah bersama orang yang telah berjaya dan juga syarikat-syarikat yang sah di sisi undang-undang yang boleh anda sertai.