Adakah Kita Perlu Buat Lebih Dari Satu Perniagaan MLM?

Buat satu perniagaan sehingga berjaya, kemudian gandakan dengan kuasa ‘leveraging’

Sebagai seorang usahawan, peluang untuk buat duit ada dimana-mana. Kebaikannya ialah ia dapat menggandakan aset kita dan meluaskan lagi jaringan bisnes MLM. Katakanlah anda seorang pengedar sah bagi syarikat MLM A, maka membuat keputusan untuk menyertai syarikat MLM B adalah satu idea yang baik jika anda mahu menggandakan pendapatan.

Namun dalam situasi kurang baik ialah seseorang itu akan menghadapi kesukaran untuk fokus dan apa yang paling menarik ialah… Potensi untuk gagal adalah lebih tinggi.

Mengapa buat dua perniagaan MLM lebih bahaya?

Fokus Penentu Kejayaan Bisnes MLM Anda

Dalam buku Think and Grow Rich yang ditulis oleh Napoleon Hill, beliau mendapati bahawa kebanyakkan usahawan yang mempunyai aset ratusan juta ringgit mempunyai kuasa foksu yang membuatkan mereka melakukan satu perkara sehingga berjaya.

Ini membuktikan bahawa jika kita mahu berjaya dalam perniagaan MLM, maka memilih satu perniagaan adalah satu tindakan yang bijak.

Lagipun, sebagai seorang pemula dalam bisnes MLM, anda akan bermula sebagai ‘zero’ dan tidak mengetahui sebarang maklumat lanjut mengenai bisnes yang anda ceburi. Ini juga merupakan punca utama mengapa menjalankan dua bisnes MLM sekaligus adalah merbahaya.

Rata-rata usahawan MLM yang saya temui juga mempunyai pendapat yang sama. Jarang sekali kita lihat mereka menjalankan dua jenis MLM sekaligus.

Jika Mahu Buat Dua Bisnes MLM, Guna Kuasa Leverage

Andaikata anda masih mahu menjalankan dua bisnes MLM, maka jalan yang terbaik adalah menggunakan kuasa leveraging iaitu berjaya dalam satu jenis MLM terlebih dahulu dan gunakan peruntukan (wang) untuk membangunkan bisnes MLM yang kedua.

Sebagai contoh, anda merupakan pengedar syarikat MLM Jaya (contoh) dan sudah mencapai tahap yang memberikan anda kebebasan masa dan kewangan. Dengan menggunakan sejumlah wang yang ada menerusi bisnes pertama, anda mungkin boleh menggajikan pekerja untuk melakukan pemasaran bagi syarikat MLM kedua anda.

Bagaimanapun, strategi ini jarang digunakan oleh usahawan MLM kerana jarang sekali berlaku usahawan MLM berjaya dalam dua bisnes sekaligus. Kebanyakkan mereka hanya berjaya dalam syarikat yang pertama sahaja.

Salahkah Buat Dua Bisnes MLM? Anda Sendiri Tentukan

Berdasarkan perkongsian saya dalam entri ini, saya tidak menyalahkan jika anda mahu lakukan dua bisnes sekaligus kerana perkara pertama yang perlu dinilai ialah kemampuan dan komitmen anda untuk menjayakan bisnes tersebut.

Jika anda yakin anda mampu, maka gandakan perniagaan anda menerusi dua bisnes MLM sekaligus. Jika sebaliknya, maka fokus pada satu syarikat sahaja dan jayakan bisnes tersebut.

Sentiasa ingat bahawa orang tamak itu selalu rugi. Tetapi orang yang bijak tahu bagaimana untuk menjayakannya.

Biodata Penulis: Aqif Azizan

Penulis sepenuh masa dan merupakan seorang yang obses dengan dunia keusahawanan. Berusaha menjadikan blog DreamDiamond.net sebagai satu medium mendidik rakyat Malaysia tentang potensi perniagaan MLM.
Laman web: Klik di sini

Sebarkan artikel ini

5 Comments so far ↓

Leave a Comment

Syariah Compliant Company: