Archive for the ‘Info’ Category

Bagaimana menjadi pemimpin yang luar biasa?

Sunday, May 23rd, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sepertimana yang kita tahu, perniagaan jaringan atau lebih dikenali sebagai network marketing lebih dikenali dengan perniagaan yang bersifat kepimpinan. Pemimpin yang dimaksudkan adalah dari segi pengurusan perniagaan mereka dan pencapaian setiap rakan niaga yang bekerjasama dalam pasukan perniagaan tersebut.

Adakah ini bermakna setiap individu yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini perlu mempunyai sifat kepimpinan? Bagi saya, sifat kepimpinan merupakan aspek penting dalam membawa perniagaan jaringan ke tahap yang lebih baik. Ini berikutan, kita akan meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan rakan niaga dan hakikat yang perlu kita fahami ialah kebanyakkan rakan niaga kita masih tercari-cari jalan penyelesaian.

Namun begitu, persoalan yang bermain-main dalam fikiran kita adalah mengetahui sifat-sifat kepimpinan dan bagaimana untuk mewujudkan pengaruh yang ramai. Bukan sahaja ramai, malah bilangannya meningkat hari demi hari.

Dalam entri kali ini saya akan huraikan sedikit sifat kepimpinan yang perlu ada dalam diri kalian. Jadi, cuba fahami dan hayati apa yang cuba disampaikan. Mari kita bermula pada sifat yang pertama iaitu…

Sanggup untuk berubah demi kebaikan

Menjadi seorang pemimpin seperti seorang yang memegang tanggungjawab besar. Ini berikutan mereka adalah “decision maker”. Jadi, anda perlu mempunyai sifat sanggup untuk berubah demi mencapai matlamat yang diinginkan. Sebagai contoh, jika sebelum ini anda merupakan seorang yang mempunyai sifat yang pemalu, maka anda perlu bertekad untuk mula membuang sifat-sifat tersebut secara perlahan-lahan.

Sentiasa ingat, apabila menjadi pemimpin maka segala keputusan di tangan anda. Jika anda tidak mahu berubah, maka rakan niaga anda juga tidak akan berani berubah. Inilah proses peniruan kepimpinan (leaders duplication).

Turun padang dan membantu rakan niaga

Sebagai seorang pemimpin, golongan ini tidak pernah mengenal erti penat dan putus asa demi membangunkan perniagaan bersama rakan niaga yang dipercayainya. Mereka lebih sanggup menyalurkan masa, wang dan tenaga menolong rakan niaga berbanding duduk di rumah dan mengharapkan rakan niaga mereka menjalankan perniagaan tersebut.

Istilah “goyang kaki dapat duit” tidak pernah ada dalam kamus hidup seorang pemimpin. Ini berikutan mereka lebih fokus kepada memberi daripada menerima. Jadi, jika anda mahu menjadi seorang pemimpin maka ini merupakan jalan penyelesaian yang paling nyata boleh anda ikuti.

Entri mengenai sifat-sifat kepimpinan ini akan diterbitkan dari semasa ke semasa untuk tatapan para pembaca. Jangan lupa untuk meninggalkan pendapat anda menerusi ruangan komen yang disediakan dibawah. Moga sama-sama kita peroleh kejayaan yang diinginkan.

(PS: Sertai ‘Nurturing Leadership’ di Facebook untuk mendapatkan strategi menjadi pemimpin yang lebih ekstrem) :)

Projek Nutrisi 2.0 – Apakah manfaatnya untuk anda?

Tuesday, April 27th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini saya agak sibuk dengan projek Nutrisi 2.0 yang bakal dilancarkan dalam jangka masa terdekat ini dan ia merupakan salah satu projek mega yang disokong oleh DreamDiamond.net. Buat pengetahuan anda, projek ini diwujudkan atas dasar ingin memberikan kesedaran kepada kita semua mengenai betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan seharian.

Sebagai ketua projek ini, saya amat berbesar hati jika anda sudi bekerjasama untuk menyebarkan berita baik ini kepada para sahabat yang lain. Sebagai permulaan, anda boleh sertai Facebook Nutrisi 2.0 melalui pautan di bawah:

http://bit.ly/nutrisi

Bagi edisi pertama Nutrisi 2.0, saya akan mengedarkan dua buah produk digital (ebuku) iaitu “5 Strategi Mendapatkan Motivasi Bersenam” dan “Rahsia Diet ‘Sihat’ Tanpa Perlu Bersenam”. Buat pengetahuan anda, ebuku ini adalah unik dan lain daripada yang lain berdasarkan persembahan digital termasuklah informasi teks dan visual yang disalurkan.

Alhamdulillah setakat ini beberapa individu yang dipilih amat berpuas hati dengan kehadiran produk daripada pihak Nutrisi 2.0. Ini membuatkan saya terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik bagi menerbitkan produk-produk digital Nutrisi 2.0 pada masa akan datang.

Bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana Nutrisi 2.0 ini dipromosikan. Buat masa ini saya mengambil alih tugas ‘kritikal’ ini dimana saya menggunakan 100% trafik daripada Facebook iaitu melalui fungsi fan page.

Jadi, besar harapan saya agar anda dapat menyokong projek ini disamping memanfaatkan produk yang bakal kami lancarkan. Bagi sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh ajukan melalui ruangan komen yang sediakan dalam entri ini. Terima kasih. :)

3 kesilapan pemasaran MLM dan bagaimana untuk mengatasinya

Saturday, March 27th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

(Link asal: http://www.youtube.com/watch?v=qfOx5RYxzhg)

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para sahabat yang sentiasa menyokong saya untuk membangunkan perniagaan jaringan ini. Sehingga terbitnya video ini dengan bertujuan untuk berkongsi ilmu sebaik mungkin dengan tuan semua.

Dalam video ini, anda akan ditunjukkan 3 kesilapan pemasaran MLM yang sentiasa kita lakukan dalam keadaan tidak sedar. Semoga perkongsian saya dalam video ini dapat sedikit sebanyak membantu tuan disamping menambahkan ilmu pengetahuan bagi membangunkan perniagaan MLM tuan.

Sebarang cadangan dan pendapat tuan amat saya hargai. :)

Majalah “JUTAWAN” membicarakan perniagaan Multi-Level Marketing

Sunday, March 14th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin membuat sedikit pengumuman bahawa eKursus “Rahsia Membina Sistem Perniagaan 7 Angka” telah siap sepenuhnya. Cuma terdapat beberapa penambahbaikan dari segi laman web dan grafik. Sebaik sahaja segalanya selesai, saya akan maklumkan pelancarannya melalui laman blog ini. Diharap agar anda dapat sertainya.

Berkaitan dengan tajuk entri, majalah yang dikenali sebagai “Wadah Informasi Usahawan” iaitu Majalah JUTAWAN isu kali ini membincangkan isu yang berkaitan dengan perniagaan MLM atau lebih dikenali sebagai Multi-Level Marketing.

Jadi, saya sarankan anda untuk mendapatkan majalah ini dengan segera bagi memahami apakah erti sebenar perniagaan ini. Ini berikutan nama perniagaan MLM kini menjadi lebih buruk akibat daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Buat pengetahuan anda, Majalah Jutawan boleh didapati di mana-mana kedai buku yang berdekatan dengan harga RM8.90. Isu yang diketengahkan kali ini juga melibatkan ikon jutawan internet iaitu saudara Irfan Khairy. Jadi saya harap anda tidak melepaskan peluang untuk menambahkan ilmu-ilmu perniagaan.

Salam sukses! :)

Persepsi saya mengenai perniagaan MLM

Thursday, February 18th, 2010

Proses pembelajaran dalam perniagaan networking telah banyak membantu saya memahami selok belok dan makna sebenar disebalik perniagaan yang kebanyakkan “ditakuti” oleh pelbagai jenis manusia. Dari golongan suri rumah hinggalah ke tahap yang digelar professional. Namun begitu, tidak semua yang mempunyai pandangan negative terhadap perniagaan networking. Hanya segelintir sahaja yang memahami bahawa perniagaan ini bukan jenis SKC (Skim Cepat Kaya) atau program OASK (Orang Atas Sahaja Kaya).

Anda hanya boleh bermula jika mempunyai mentaliti yang betul

Tahun 2009 merupakan tahun pertama saya memulakan cabaran dengan menyertai salah sebuah syarikat perniagaan MLM yang merupakan perintis dalam perniagaan ini. Saya begitu yakin dengan syarikat ini bukanlah dek kerana “Peluang Buat Duit” semata-mata. Perkara pertama yang membuatkan saya begitu teruja mengenai syarikat ini ialah kualiti produk yang disampaikan kepada pengguna.

Tidak dapat dinafikan bahawa produk yang disediakan bertaraf global. Malah keberkesanannya tidak perlu lagi diceritakan oleh kerana ianya telah dibuktikan lebih 40 tahun yang lalu sehingga hari ini. Selain daripada itu, keteguhan syarikat ini juga membuatkan saya rasa bahawa pilihan ini adalah tepat, seumpama kita berjaya memulakan langkah pertama dalam perniagaan MLM iaitu “Memilih Syarikat Perniagaan Yang Dipercayai”.

Namun begitu, langkah seterusnya iaitu ia merupakan langkah yang paling kritikal dimana sikap dan mentaliti individu itu sendiri. Saya percaya kebanyakkan yang menyertai perniagaan MLM / Networking rata-rata menganggap bahawa ia dapat memberi keuntungan yang pantas. Buat pengetahuan anda, perniagaan ini tidak akan sesekali memberikan keuntungan yang pantas, tetapi ia dapat menjamin bahawa anda akan mendapat kebebasan masa dan kewangan.

Mengapa saya berkata demikian? Ini berikutan mentaliti kebanyakkan masyarakat kita yang kurangnya pendedahan terhadap makna perniagaan itu sendiri. Mereka beranggapan bahawa perniagaan MLM adalah satu jalan pintas untuk menjadi kaya raya. Jika ia dilihat sedemikian rupa, mengapa tidak semua sahaja yang menyertainya?

Apabila bercerita mengenai perniagaan, maka anda perlu jelas bahawa anda mempunyai produk atau perkhidmatan yang boleh diniagakan. Kelebihannya disini ialah:

  • Anda disediakan produk oleh syarikat.
  • Anda boleh meluaskan perniagaan dengan sistem penajaan yang disediakan.
  • Bantuan dan sokongan perniagaan diberikan secara percuma mahupun berbayar.

Kesimpulannya, mentaliti individu itu sendiri perlu diubah agar ia dapat membentuk semangat keusahawan dalam diri sebelum melangkah masuk ke dalam dunia perniagaan. Sentiasalah berusaha untuk terus maju ke hadapan. Jangan sesekali menyerah kalah.