Archive for the ‘Motivasi Usahawan’ Category

Kemana hilangnya semangat anda?

Monday, March 8th, 2010

Artikel ini ditulis oleh Muhammad Aqif bin Azizan. Pemilik laman web http://www.DreamDiamond.net. Anda dibenarkan untuk menyebarkan artikel ini selagi anda tidak mengubah sebarang isi kandungan yang terkandung dalam artikel ini.

Menjadi usahawan bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan semangat dan konsistensi dalam meluaskan empayar perniagaan. Walaubagaimanapun, terdapat satu situasi yang amat ditakuti oleh semua usahawan dimana situasi ini dapat meruntuhkan segala usaha yang telah anda bina selama ini dalam sekelip mata. Apakah situasi yang saya maksudkan ini?

Kehilangan Semangat Untuk Berjuang

Membuat keputusan untuk menjadi seorang usahawan adalah sama seperti menjadi seorang askar. Pada awalnya, mereka tidak akan mudah berputus asa untuk mencapai kemenangan. Perjuangan tetap diteruskan walau pelbagai cabaran menimpa di hadapan mereka. Bagi seorang askar, berjuang biarlah sampai ke titisan darah yang terakhir.

Namun begitu, apabila kemenangan (kejayaan) berjaya dikecapi, segala musuh telah ditewaskan, segala pertempuran telah berjaya dihadapi dengan jayanya, akan muncul satu perasaan “tamat”…  Seolah-olah tiada apa lagi yang perlu diperjuangkan mereka. Inilah yang dikatakan “kehilangan semangat untuk berjuang” kerana kini mereka sudah berjaya mencapai segala-galanya.

Apakah yang boleh dikaitkan dengan nilai-nilai keusahawanan?

Wahai rakan-rakan seperjuangan DDG Networks sekalian, perjuangan anda baru sahaja bermula. Meskipun kalian sudah bertungkus-lumus untuk meluaskan empayar perniagaan, janganlah sesekali mengaku kalah. Jadilah seperti seorang askar yang setia pada negara yang dipertahankannya sehingga sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.

Bagi yang telah mencapai kejayaan dalam perniagaan yang diceburi, janganlah mudah berasa selesa di atas. Perjuangan anda masih belum tamat kerana masih ramai lagi di luar sana yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada anda. Ingatlah bahawa selagi anda masih lagi bernafas di muka bumi ini, maka perjuangan anda masih belum berakhir.

Semoga perkongsian saya dalam artikel ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi untuk rakan-rakan seperjuangan DDG Networks dalam mengembangkan sayap perniagaan mereka untuk kecapi impian dan matlamat masing-masing.

Ingat, jangan sesekali berputus asa. Dengan itu, salam kejayaan saya ucapkan. :)

3 Rahsia Semangat Berpasukan Dalam Perniagaan

Friday, February 26th, 2010

Antara perbezaan yang ketara dalam perniagaan networking berbanding perniagaan-perniagaan lain yang boleh kita lihat ialah semangat bekerja sebagai satu pasukan. Mungkin ada yang kurang bersetuju mengenai kenyataan ini. Namun mari kita huraikan apakah keistimewaan jika anda semua bekerja sebagai satu pasukan.

1. Kuasa MI (Motivasi Inspirasi) Setiap Hari

Apabila anda mempunyai sebuah pasukan yang saling menyokong antara satu sama lain. Perasaan untuk mengaku kalah jarang sekali akan wujud dalam diri anda. Ramai usahawan MLM yang gagal dalam perniagaan mereka kerana cuba untuk “berdikari” dan bergerak secara perseorangan. Perkara ini tidak salah, cuma jarang sekali kita lihat golongan seperti ini berjaya mencapai matlamat kebebasan masa dan kewangan melalui perniagaan ini.

Oleh yang demikian, mewujudkan semangat berpasukan dalam perniagaan MLM anda adalah penting bagi memberi motivasi dan inspirasi terhadap satu sama lain.

2. Kejayaan Bersama

Bukankah perniagaan MLM sebuah perniagaan yang  berkonsepkan “Kita akan berjaya jika kita menjayakan orang lain”. Perkara ini sering dilupakan oleh para usahawan MLM ketika mereka pertama kali perniagaan dalam perniagaan ini. Tindakan pertama yang saya lakukan kepada pasukan saya ialah menerapkan kepercayaan sepenuhnya terhadap konsep ini agar dapat memecahkan tembok penghalang mereka untuk berjaya dalam perniagaan MLM.

3. Mengharungi Cabaran Bersama

Poin ini lebih kurang serupa dengan poin yang sebelumnya namun huraiannya lebih mendalam. Pernahkah anda rasa ingin mengaku kalah ketika menjalankan perniagaan ini? Jika anda pernah menghadapi kesukaran seperti ini, maka ia adalah jelas bahawa anda memerlukan sebuah pasukan yang sentiasa menyokong anda dari belakang.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda dalam perniagaan yang diceburi. Tujuan DreamDiamond.net ini ditubuhkan bagi memberikan motivasi dan inspirasi terhadap para usahawan MLm termasuk saya sendiri agar menjadikan ia sebagai sebuah perniagaan yang mampu memberikan kebebasan masa dan kewangan serta lifestyle yang saya idamkan 2 tahun dari sekarang.

Bagaimana untuk mengelakkan anda daripada “berjalan” dalam perniagaan MLM?

Wednesday, January 27th, 2010

Seringkali kita melihat rata-rata mereka yang membuat keputusan untuk menyertai perniagaan networking jarang sekali berjaya pada awalnya. Atau lebih mudah saya katakan bahawa kebanyakkannya cuma “hangat-hangat tahi ayam” ketika mula menyertai apa sahaja jenis perniagaan MLM.

Saya juga tidak terkecuali sebagai seorang individu yang mengalami mimpi ngeri tersebut. Namun begitu, pengalaman mengajar segala-galanya. Pada awal penyertaan saya dalam perniagaan berkonsepkan E-Commerce ini, saya menyangka bahawa semuanya begitu mudah seperti yang diceritakan. Dalam hati ini seringkali berkata, “Jika ia begitu mudah, kenapa masih ramai yang tidak mahu melakukannya?”

Maka tindakan adalah seterusnya ialah melakukan apa yang diajar oleh penaja iaitu sistem duplikasi. Duplikasi ini bermaksud peniruan. Dalam konteks MLM / Networking Business, peniruan ini adalah seperti adalah melakukan sesuatu perkara yang sama seperti penaja anda dan yang berikutnya sama ada dari segi penjualan, pembelian produk atau sesuatu yang berkait dengannya.

Namun ia seperti yang disangka, sistem duplikasi yang disangka mudah tidak akan menjadi sekelip mata. Saya mengambil keputusan untuk mengaku kalah pada awalnya kerana ia seumpama ditipu bulat-bulat oleh penaja yang cuma tahu memberikan kata-kata manis agar saya menyertai perniagaan ini. Tetapi, mengaku kalah bukanlah sifat saya.

Apa yang saya lakukan ialah mendekati mereka yang telah berjaya dalam perniagaan ini untuk menyelongkar segala yang dikatakan “Rahsia Kejayaan Usahawan MLM”. Apa yang dapat saya bongkarkan dalam artikel ini hanya salah satu daripada pengalaman saya setelah bertanyakan beberapa soalan yang berkualiti kepada mereka yang membuatkan mereka begitu (more…)

Ketabahan Penentu Kejayaan – Sejauh Manakah Kemampuan Anda?

Sunday, November 8th, 2009

Sebagai seorang usahawan, terdapat satu perkara yang memainkan peranan penting dalam mengukur kejayaan anda. Tidak lain tidak bukan, ketabahan yang anda miliki untuk berjuang sehingga berjaya. Begitu juga dalam perniagaan networking, jika anda tidak mampu bertahan dengan sebarang cabaran yang melanda, maka lupakan sahaja hasrat anda untuk memperoleh matlamat “kebebasan masa dan wang” dan sebagainya. Dengan kata lain jika tidak merasakan pahit, manakan pula dapat dirasa manisnya.

Apabila situasi yang tidak diingin berlaku seperti penolakan untuk menyertai perniagaan networking, berlaku ejekan dan sebagainya. Disinilah kekuatan mental anda diuji. Kebanyakkan pengedar yang kita lihat seringkali “mendengar” dan “mengambil serius” tentang perkara negatif yang dikatakan oleh mereka yang sememangnya tidak mengerti apa-apa, akhirnya membuat keputusan untuk mengaku kalah dalam perjuangan yang baru dimulakan bagi mencapai matlamat yang diimpikan selama ini.

Perkara seperti ini adalah kebiasan bagi mereka yang sudah berjaya. Tidak kira anda usahawan MLM, konvensional dan sebagainya, ketabahan tetap memainkan peranan penting dalam memacu diri anda ke arah kejayaan yang diingini. Lihat sahaja mereka yang berjaya, cuba anda temu ramah mereka. Pasti jawapan yang diberikan ialah, “Untuk berjaya, kita perlu mengharungi pelbagai halangan. Dengan itu barulah kita dapat kecapi kejayaan.”

Nota ini ditujukan (more…)