Archive for the ‘Perkembangan Terkini’ Category

Tahniah pada usahawan DDG Networks – Norasikin binti Musa

Friday, March 5th, 2010

Pada hari Jumaat (6 Mac 2010), pihak DDG Networks berjaya mengembangkan perniagaan franchise kami dimana saudarai Norasikin binti Musa telah bersetuju untuk bekerjasama bersama kami dalam membangunkan perniagaan ini.

Justeru itu, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau kerana mengambil langkah pertama untuk mencapai matlamat kebebasan masa dan kewangan bersama pasukan DDG Networks.

Melalui “7 Figure Ecommerce Business Franchising”, saya yakin bahawa sistem ini dapat membantu para usahawan untuk memulakan perniagaan E-Commerce Franchising berkos rendah. Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda digalakkan untuk melayari laman web di bawah:

http://www.dreamdiamond.net/7figure

2 Syarikat perniagaan MLM yang disyaki menipu

Wednesday, February 3rd, 2010

Entri kali ini akan menjurus kepada berita yang berlaku di sekeliling kita. Baru sebentar sahaja tadi saya disedarkan daripada sebuah artikel oleh saudara Wan Mohd Musyris dimana dalam blog beliau (WanMus.com) menceritakan terdapat 2 syarikat perniagaan MLM yang menggunakan konsep kafe akan menjalani siasatan lanjut kerana disyaki mengamalkan konsep yang menyalahi undang-undang.

Maafkan saya kerana tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut kerana saya sendiri masih belum meneliti dengan lebih mendalam mengenai kes ini. Walau bagaimanapun, pada mereka yang telah menjalankan perniagaan ini diharap jangan berputus asa dan menyangka bahawa rezeki telah tertutup. Sesungguhnya pandanglah dari sudut yang berbeza. Mungkin ini pengajaran yang dapat mendidik anda bahawa betapa pentingnya mengenali syarikat perniagaan MLM itu sendiri sebelum membuat keputusan untuk menyertainya.

Untuk berita selanjutnya, sila layari laman blog WanMus.com dengan klik pada pautan di bawah:

http://wanmus.com/mlm-penipu.html

Tahniah dan Selamat Datang Kepada Jasrizal

Monday, November 16th, 2009

Tahniah

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada saudara Jasrizal kerana telah membuat keputusan yang terbaik untuk menyertai perniagaan networking bersama kumpulan Dream Diamond Group Kuala Lumpur. Buat pengetahuan para pembaca, Jasrizal merupakan seorang pelajar yang masih menuntut ilmu di Politeknik Shah Alam. Beliau telah ditaja oleh downline saya yang begitu komited dalam perniagaan iaitu saudara Norazwan bin Jalil.

Besar harapan saya untuk berjumpa dengan saudara Jasrizal jika ada masa yang terluang untuk memberi motivasi dan inspirasi dalam membina perniagaan bertaraf global ini. Semoga Norazwan dan Jasrizal dapat membina perniagaan ini dengan berasaskan perhubungan sesama manusia iaitu saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Jika mempunyai sebarang masalah anda boleh terus menghubungi sesiapa sahaja dalam pasukan ini. Tiada istilah orang lama atau orang baru. Kami semua sama seperti anda. Mempunyai impian dan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai matlamat yang diimpikan.

Jangan sesekali mengaku kalah. Teruskan usaha dan kejayaan pasti berada di genggaman anda. Ingatlah bahawa dalam perniagaan networking bersama pasukan kami ialah “sebuah kejayaan yang pasti”. Dengan ini, kami warga Dream Diamond Group Kuala Lumpur sentiasa mendoakan kejayaan anda.

Salam usahawan, salam kejayaan.

Bermulanya Perjalanan DreamDiamond.net

Friday, November 6th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pelawat dan pembaca setia DreamDiamond.net. Setelah beberapa bulan bertungkus lumus menjalankan ujikaji untuk menggunakan kuasa internet sepenuhnya dalam perniagaan networking, akhirnya saya temui keputusannya jua. Walaupun ia tidaklah memberangsangkan, namun apa yang paling penting adalah nilai keberkesanannya itu.

Jika dahulu DreamDiamond.net dikenali dengan salesletternya iaitu penjualan produk “Pakej Video Perniagaan Networking” yang telah mencatatkan 150 jualan dalam masa sebulan, kini website ini akan dikenali sebagai laman blog yang menyediakan informasi padat mengenai perniagaan networking yang pasukan kami jalankan.

Laman blog ini ditujukan khas kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan perniagaan networking serta kepada rakan-rakan niaga kami yang berada jauh daripada kami untuk mengetahui informasi terkini berkaitan perniagaan networking yang diceburi. Perkongsian ilmu dan motivasi usahawan juga akan dimuatkan dalam blog ini untuk mengekalkan momentum para rakan niaga untuk mencapai impian yang diingini melalui perniagaan ini.

Semoga melalui blog ini dapat kita sama-sama mencapai kejayaan melalui perniagaan bertaraf global ini. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pendapat yang ingin dikemukakan, sila ke ruangan “Hubungi”.

Salam usahawan, salam kejayaan.