Kemana hilangnya semangat anda?
Monday, March 8th, 2010Artikel ini ditulis oleh Muhammad Aqif bin Azizan. Pemilik laman web http://www.DreamDiamond.net. Anda dibenarkan untuk menyebarkan artikel ini selagi anda tidak mengubah sebarang isi kandungan yang terkandung dalam artikel ini.
Menjadi usahawan bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan semangat dan konsistensi dalam meluaskan empayar perniagaan. Walaubagaimanapun, terdapat satu situasi yang amat ditakuti oleh semua usahawan dimana situasi ini dapat meruntuhkan segala usaha yang telah anda bina selama ini dalam sekelip mata. Apakah situasi yang saya maksudkan ini?
Kehilangan Semangat Untuk Berjuang
Membuat keputusan untuk menjadi seorang usahawan adalah sama seperti menjadi seorang askar. Pada awalnya, mereka tidak akan mudah berputus asa untuk mencapai kemenangan. Perjuangan tetap diteruskan walau pelbagai cabaran menimpa di hadapan mereka. Bagi seorang askar, berjuang biarlah sampai ke titisan darah yang terakhir.
Namun begitu, apabila kemenangan (kejayaan) berjaya dikecapi, segala musuh telah ditewaskan, segala pertempuran telah berjaya dihadapi dengan jayanya, akan muncul satu perasaan “tamat”… Seolah-olah tiada apa lagi yang perlu diperjuangkan mereka. Inilah yang dikatakan “kehilangan semangat untuk berjuang” kerana kini mereka sudah berjaya mencapai segala-galanya.
Apakah yang boleh dikaitkan dengan nilai-nilai keusahawanan?
Wahai rakan-rakan seperjuangan DDG Networks sekalian, perjuangan anda baru sahaja bermula. Meskipun kalian sudah bertungkus-lumus untuk meluaskan empayar perniagaan, janganlah sesekali mengaku kalah. Jadilah seperti seorang askar yang setia pada negara yang dipertahankannya sehingga sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir.
Bagi yang telah mencapai kejayaan dalam perniagaan yang diceburi, janganlah mudah berasa selesa di atas. Perjuangan anda masih belum tamat kerana masih ramai lagi di luar sana yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada anda. Ingatlah bahawa selagi anda masih lagi bernafas di muka bumi ini, maka perjuangan anda masih belum berakhir.
Semoga perkongsian saya dalam artikel ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi untuk rakan-rakan seperjuangan DDG Networks dalam mengembangkan sayap perniagaan mereka untuk kecapi impian dan matlamat masing-masing.
Ingat, jangan sesekali berputus asa. Dengan itu, salam kejayaan saya ucapkan.
Antara perbezaan yang ketara dalam perniagaan networking berbanding perniagaan-perniagaan lain yang boleh kita lihat ialah semangat bekerja sebagai satu pasukan. Mungkin ada yang kurang bersetuju mengenai kenyataan ini. Namun mari kita huraikan apakah keistimewaan jika anda semua bekerja sebagai satu pasukan.
Dalam penajaan, terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan bagi mendapatkan penajaan mudah. Antaranya ialah merendah-rendahkan keupayaan individu (prospek) dengan harapan mereka dapat sedar bahawa peluang untuk mengubah kehidupan sudah berada di hadapan mata. Persoalan saya disini, adakah ianya wajar dilakukan?
Seringkali kita melihat rata-rata mereka yang membuat keputusan untuk menyertai perniagaan networking jarang sekali berjaya pada awalnya. Atau lebih mudah saya katakan bahawa kebanyakkannya cuma “hangat-hangat tahi ayam” ketika mula menyertai apa sahaja jenis perniagaan MLM.

