Bagaimana untuk mengelakkan anda daripada “berjalan” dalam perniagaan MLM?
Seringkali kita melihat rata-rata mereka yang membuat keputusan untuk menyertai perniagaan networking jarang sekali berjaya pada awalnya. Atau lebih mudah saya katakan bahawa kebanyakkannya cuma “hangat-hangat tahi ayam” ketika mula menyertai apa sahaja jenis perniagaan MLM.
Saya juga tidak terkecuali sebagai seorang individu yang mengalami mimpi ngeri tersebut. Namun begitu, pengalaman mengajar segala-galanya. Pada awal penyertaan saya dalam perniagaan berkonsepkan E-Commerce ini, saya menyangka bahawa semuanya begitu mudah seperti yang diceritakan. Dalam hati ini seringkali berkata, “Jika ia begitu mudah, kenapa masih ramai yang tidak mahu melakukannya?”
Maka tindakan adalah seterusnya ialah melakukan apa yang diajar oleh penaja iaitu sistem duplikasi. Duplikasi ini bermaksud peniruan. Dalam konteks MLM / Networking Business, peniruan ini adalah seperti adalah melakukan sesuatu perkara yang sama seperti penaja anda dan yang berikutnya sama ada dari segi penjualan, pembelian produk atau sesuatu yang berkait dengannya.
Namun ia seperti yang disangka, sistem duplikasi yang disangka mudah tidak akan menjadi sekelip mata. Saya mengambil keputusan untuk mengaku kalah pada awalnya kerana ia seumpama ditipu bulat-bulat oleh penaja yang cuma tahu memberikan kata-kata manis agar saya menyertai perniagaan ini. Tetapi, mengaku kalah bukanlah sifat saya.
Apa yang saya lakukan ialah mendekati mereka yang telah berjaya dalam perniagaan ini untuk menyelongkar segala yang dikatakan “Rahsia Kejayaan Usahawan MLM”. Apa yang dapat saya bongkarkan dalam artikel ini hanya salah satu daripada pengalaman saya setelah bertanyakan beberapa soalan yang berkualiti kepada mereka yang membuatkan mereka begitu teruja untuk memberikan jawapan tanpa mempunyai sebarang rasa ragu-ragu.
Pengajaran Pertama: Perlunya Ada Mentor
Mentor disini bermaksud mereka bukan sekadar orang yang diberi jolokan “Seorang yang telah berjaya”, tetapi seseorang yang boleh anda percaya. Jelas sekali bahawa mentor ini dapat membantu anda untuk membawa ke jalan kejayaan yang diimpikan.
Pada awalnya, perkara ini amat pahit untuk saya telan kerana rata-rata mentor yang saya ketahui berdasarkan pengalaman hanya tahu “mengambil kesempatan” terhadap protegenya. Namun, pemikiran negatif sememangnya menghasilkan keputusan yang mengecewakan. Saya cuba berpindah kearah yang sebaliknya, iaitu memikirkan sesuatu yang positif. Inilah hasilnya…
Ada betulnya kita memerlukan mentor dalam setiap perkara yang kita impikan
Dalam perniagaan networking, kita seumpama satu pasukan yang bergerak untuk mencapai impian masing-masing. Setiap perjuangan didorong oleh semangat berpasukan yang tidak pernah pudar. Namun apa yang membezakannya ialah sejauh mana individu yang memimpin pasukan itu dipercayai oleh rakan-rakan pasukan yang lain?
Dengan kata lain, mentor itu adalah seseorang yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi untuk membantu rakan pasukan yang lain maju dalam perniagaan tersebut. Lantas saya tidak lagi menyangkal bahawa perlukah ada seseorang mentor? Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ayat perlu itu harus ditukar kepada WAJIB.
Jika anda menyukai artikel ini, maka saya amat berbesar hati jika anda dapat meluangkan masa emas anda untuk meninggalkan sebarang komen yang membina.











January 27th, 2010 at 5:17 pm
Mentor boleh diibaratkan sebagai mangkin dalam tindak balas kimia.
Dalam tindak balas kimia, tanpa mangkin tindak balas tetap boleh berlaku. Cuma masa yang diambil lebih lambat.
Dengan mentor, tindak balas berlaku, lebih CEPAT.
Mentor akan mendidik kita perkara-perkara kritikal, dan menasihatkan kita perkara-perkara yang kritikal.
Saya berharap tuan sudah bertemu mentor yang di cari. Dan teruskan mencari mentor dalam setiap bidang.
[Reply]
Aqif Reply:
January 27th, 2010 at 7:30 pm
Masih belum lagi menjumpai yang sebenar-benarnya. Namun akan terus mencari.
[Reply]
February 10th, 2010 at 4:27 am
Salam.
Saya baru membaca artikel saudara. Tahniah kerana artikel saudara amat bernas. Halalkan ilmu saudara ini yang saya ‘ceduk’ untuk saya implementasikan kepada group saya di dalam bisnes MLM saya. Salam Kejayaan
[Reply]
Aqif Reply:
February 10th, 2010 at 8:27 am
Salam Faridah.
Saya berbesar hati untuk terus mempersembahkan ilmu saya di blog ini jika ianya terus dihargai. Semoga kita sama-sama kecapi kejayaan.
Rajin2lah lawat blog ini selalu ya.
[Reply]
March 31st, 2010 at 6:03 pm
Salam
Terima kasih kerana idea yang bernas,yang boleh dikatakan mencangkupi isi sebenar MLM.halalkan idea MLM saudara untuk saya perkembangkan dalam perniagaan ini yang saya rasa seperti bayi yang baru lahir,yang tidak tahu apa-apa dalam memperkembang perniagaan ini.
terima kasih
[Reply]
Aqif Reply:
March 31st, 2010 at 10:00 pm
Salam,
Terima kasih kepada Tuan Zam kerana meluangkan masa untuk membaca entri ini. Moga dimanfaatkan sebaik mungkin. Insyaallah.
[Reply]