Ke Arah Kejayaan Perniagaan MLM – Pelan Tindakan 48 Jam

Multilevel Marketing adalah sama seperti perniagaan-perniagaan lain. Apa yang membezakannya adalah sistem perniagaan yang terdapat dalam perniagaan ini dimana ia telah dicipta khas untuk para usahawan MLM itu sendiri. Namun begitu, sistem perniagaan bukanlah pengukur sebenar kejayaan anda dalam perniagaan ini. Ia bergantung pada kemampuan dan usaha anda mendidik rakan kongsi anda (downline) untuk menduplikasikan personaliti dan presentasi anda dalam perniagaan MLM itu sendiri.

Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan salah seorang usahawan MLM yang begitu komited dan mempunyai perwatakan yang lain daripada usahawan-usahawan MLM yang telah berjaya. Beliau sering memberikan kata-kata yang mampu memberikan keyakinan terhadap diri kita untuk meneruskan perjuangan dalam perniagaan ini.

Dalam post ini, saya akan berkongsi sedikit sebanyak dengan anda apakah tips yang beliau berikan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan ini. Semoga anda dapat menggunakan ilmu ini sebaik-baiknya. Beliau menamakan pelan ini sebagai Pelan Tindakan 48 Jam (The 48 Hours Action Plan).

Menyarankan downline anda menghubungi prospek mereka

Apabila anda sudah berjaya menaja downline yang baru, tanya mereka segera tentang senarai rakan-rakan yang mereka rasakan sesuai untuk menceburkan diri dalam perniagaan ini. Mengapa anda disarankan berbuat demikian? Ini disebabkan “waktu panas” downline anda hanya bertahan selama 48 jam sahaja.

Pada waktu sebegini, mereka masih lagi bersemangat untuk menerajui perniagaan ini. Sebab itu anda disarankan untuk mendidik mereka agar bertindak dengan segera dengan menghubungi rakan-rakan mereka yang dirasakan sesuai untuk mendengar peluang perniagaan ini.

Menentukan siapa yang betul-betul ingin berjuang dalam perniagaan ini

Dari sini juga anda boleh lihat samada downline anda yang baru ditaja itu betul-betul komited untuk melakukan perniagaan ini atau sebaliknya. Jika mereka betul-betul mahu mencapai kejayaan dalam perniagaan ini, maka anda perlu bertindak segera untuk membantu mereka. Tetapi bagaimana pula jika keadaan mereka adalah sebaliknya?

Sentiasa ingat bahawa tidak semua downline yang anda taja serius dalam perniagaan ini. Disinilah pencarian individu yang mempunyai sifat kepimpinan bermula. Teruskan usaha anda untuk menaja lebih ramai lagi dan percayalah satu hari nanti anda pasti bertemu dengan individu yang komited dalam perniagaan ini.

Mereka memerlukan anda sebagai Upline

Sebagai seorang upline, mereka sertai perniagaan ini atas dasar kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap anda. Jadi anda jangan sesekali menghampakan mereka. Hadirkan diri anda disaat mereka memerlukan anda untuk menerangkan pelan pemasaran dan sebagainya kepada prospek.

Kesimpulannya, anda boleh berjaya dengan jangka masa yang singkat jika anda mengamalkan sikap cepat bertindak. Semoga pelan tindakan ini dapat membantu para pembaca, pasukan saya dan diri saya sendiri untuk terus maju dalam perniagaan networking ini.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi saya.

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • MySpace
  • TwitThis
  • Yahoo! Buzz
  • YahooMyWeb

One Response to “Ke Arah Kejayaan Perniagaan MLM – Pelan Tindakan 48 Jam”

  1. Juan Says:

    wah..
    best betol tips nie..
    mmg “panas” sekarang ni..
    haha..thanks aqif..

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled