MLM, Skim Cepat Kaya & Kebenarannya.. – Sambungan

Seperti yang telah saya janjikan kepada para pembaca untuk bercerita dengan lebih lanjut tentang perbezaan mlm dan skim cepat kaya. Semoga artikel kali ini dapat memberi kesedaran kepada anda dan saya sendiri mengenai gejala yang kian menular dalam negara ini. Semoga kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain untuk membanteras skim-skim cepat kaya dalam negara ini.

Mendapat Untung Dengan Hanya Menaja Orang Sahaja (Produk & Perkhidmatan Tidak Jelas / Tiada)

Semestinya perkara ini sering dipandang remeh oleh mereka yang terjebak dalam skim cepat kaya. Mengapa saya berkata demikian? Adakah mereka selidik dahulu produk / perkhidmatan yang disediakan syarikat tersebut atau terus membuat keputusan untuk menyertai skim tersebut kerana terpengaruh dengan janji manis si penipu? Bayangkan jika tiada produk / perkhidmatan, maka apakah tujuan pelaburan anda? Adakah wang ringgit semata-mata?

Semoga poin ini dapat meningkatkan lagi kefahaman para pembaca mengenai perbezaan skim cepat kaya dan perniagaan MLM selepas ini.

Mudah, Cepat & Tidak Perlu Berusaha (Oh! Senangnya Hidup Ini!)

Bayangkan jika untuk menjana wang begitu senang dan cepat. Bak kata orang, buat duit dengan hanya goyang kaki. Saya pasti sudah tentu semua rakyat Malaysia tidak akan mengalami masalah ekonomi serta kesempitan wang sehingga hari ini jika semuanya mudah, cepat dan tidak perlu berusaha. Namun, terimalah hakikatnya bahawa tiada jalan mudah untuk menuju matlamat kebebasan kewangan! Percayalah, semuanya memerlukan usaha dan ketabahan yang berterusan. Terutamanya jika anda ingin memulakan sebuah perniagaan atau apa-apa jenis pelaburan.

Jika anda salah seorang yang mudah terpengaruh dengan janji-janji kekayaan sekelip mata, maka sentiasalah melakukan penyelidikan terlebih dahulu. Jangan terlampau mudah membuat keputusan tanpa usul periksa. Lambat laun duit anda terbang entah kemana, hidup anda pula semakin merana. Ingatlah bahawa janji manis memang mudah dikata, tetapi ianya begitu sukar untuk dikota.

Saya harap anda dapat jadikan artikel ini sebagai panduan untuk membezakan antara perniagaan MLM dan skim cepat kaya. Buat pengetahuan anda, tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk memburukkan mana-mana pihak. Tetapi ingin mewujudkan kesedaran para pembaca dan diri ini sendiri agar sama-sama dapat mengelakkan diri daripada terjerumus dalam skim yang tidak mendatangkan faedah langsung ini.

Jika anda mempunyai sebarang pendapat atau komen yang bernas, sila isikan pada ruangan yang disediakan di bawah. Salam usahawan, salam kejayaan. :)

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • MySpace
  • TwitThis
  • Yahoo! Buzz
  • YahooMyWeb


2 Responses to “MLM, Skim Cepat Kaya & Kebenarannya.. – Sambungan”

  1. Juan Says:

    Kesimpulannya..
    Memang tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.
    Sebaliknya, kita perlulah untuk berusaha untuk mencapai matlamat kita.
    Set minda kita selaras dengan impian kita. :)

    Untuk mengetahui apa yang betul-betul kita mahukan, impian atau “dream” kita. Saya cadangkan kepada pembaca semua, untuk join seminar “Dream Weekend” yang akan diadakan tidak lama lagi. Info berkenaan seminar akan diberitahu sedikit masa lagi oleh admin.

    Ikhlas,
    Juan
    (DDG KL)

    [Reply]

  2. Aqif Says:

    Juan: Betul tu. Jika semuanya mudah, maka rasanya tidak akan ada masalah kewangan dalam dunia ini. Semuanya memerlukan usaha.

    Salam kejayaan :)

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled