MLM, Skim Cepat Kaya & Kebenarannya..

Tujuan artikel ini ditulis bertujuan agar dapat menyedarkan kita semua antara perbezaan perniagaan networking (Multilevel Marketing) dan skim cepat kaya. Penulisan ini dihasilkan berdasarkan pengalaman saya sendiri mengenai dunia MLM yang amat ketara sekali perbezaannya dengan skim cepat kaya. Apa yang membuat saya begitu sedih sekali apabila kita lihat kebanyakkan mereka yang telah menyertai skim cepat kaya ini adalah terdiri daripada kaum melayu.

Pendapat saya, skim cepat kaya ini diwujudkan atas satu tujuan sahaja, iaitu mengaut keuntungan daripada anda sebanyak yang mungkin. Kemudian setelah mendapat jumlah maksimum yang telah dirancang, maka tibalah masanya untuk mereka meninggalkan anda tanpa meninggalkan sebarang kesan dan pada waktu inilah anda berada dalam keadaan yang paling “ngeri” sekali. Ada yang berbelanja lebih RM100k untuk menyertai skim seperti ini setelah dipujuk dengan ayat-ayat manis daripada mereka yang kononnya mengatakan ia adalah sebuah perniagaan yang sah dan cuma perlu berdiam diri untuk menunggu duit masuk ke poket anda, dan akhirnya anda yang terseksa. Bayangkan dengan jumlah wang sebanyak itu, banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan untuk menaik tarafkan kehidupan anda seperti menyertai perniagaan MLM yang sebenar.

Dengan wujudnya skim cepat kaya ini, maka berlakulah konflik yang dibabitkan dalam perniagaan MLM. Ada yang mengatakan bahawa MLM juga merupakan salah satu perniagaan yang menggunakan unsur-unsur skim cepat kaya. Bagi saya mereka yang berkata demikian adalah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang sedikit dalam perniagaan MLM atau mereka telah tertipu dengan skim cepat kaya yang menggunakan konsep seperti Multilevel Marketing.

Di sini saya akan terangkan beberapa cara untuk anda membezakan perniagaan MLM dengan skim cepat kaya. Harapan saya semoga selepas ini kita dapat menghindarkan diri daripada terjebak daripada skim-skim seperti ini.

Sistem Perniagaan MLM Yang Telah Dimanipulasikan dan Disalahguna

Sebagai seorang pengedar untuk sebuah syarikat perniagaan networking yang begitu teguh di seluruh dunia sehingga hari ini, saya beranggapan bahawa sistem yang mereka gunakan iaitu sistem upline dan downline telah diguna pakai dalam skim-skim cepat kaya agar dapat mengaburi mata orang lain supaya mereka tertipu dengan janji-janji kebebasan kewangan yang diberikan.

Saya tidak dapat nyatakan lebih lanjut tentang perkara ini kerana takut disalah anggap oleh para pembaca. Tapi saya yakin bahawa anda dapat fahami apa yang saya cuba sampaikan.

Menggunakan Umpan (Cth: Pendapatan, Kereta Mewah & sebagainya)

Teknik ini sudah tidak asing lagi dalam skim cepat kaya dan tidak salah untuk saya katakan dalam dunia perniagaan MLM itu sendiri. Bercerita tentang perniagaan MLM pula, saya pasti anda pernah ditunjukkan bukti-bukti pendapatan mereka sehingga berjuta-juta ringgit, kereta mewah dan sebagainya. Selepas itu mungkin anda akan mendengar ayat seperti ini keluar daripada mulut mereka, “Kalau ko nak camni, senang je. Ko ajak kawan-kawan ko labur dalam 10k (contoh sahaja). Pastu dapat dalam 10 orang ko rilek la”.

Bukan itu sahaja, jika kita membuat keputusan untuk berkata TIDAK, maka pelbagai cemuhan dan kejian yang diberikan kepada anda seperti “Kau ni memang tak reti hargai peluang yang orang nak bagi”, “Kau memang tak layak buat bisnes, nak melabur pun takut” dan banyak lagi. Bukan saya ingin bersikap negatif disini, tapi apa yang kita boleh lihat disini ialah orang yang kononnya menunjukkan peluang itu mahu dapatkan kepentingan untuk dirinya sahaja.

Saya tidak mahu memberi ulasan yang panjang kerana perkara ini boleh dikatakan agak sensitif bagi sesetengah orang. Tapi apa yang saya harapkan agar janganlah bersikap mementingkan diri sendiri. Jika anda mahu saya menjadi downline anda, maka apa yang perlu anda lakukan ialah fokus pada peluang perniagaan yang dapat saya perolehi jika saya menyertai perniagaan ini. Dengan kata lain, informasi adalah begitu penting. Dan berilah masa untuk difikirkan masak-masak.

Artikel ini akan bersambung pada post akan datang. Semoga ia sedikit sebanyak dapat memberikan kita ilmu pengetahuan dan kesedaran tentang perniagaan MLM dan skim cepat kaya. Jika anda mempunyai sebarang pendapat, sila isikan diruangan yang telah disediakan di bawah.

Salam usahawan, salam kejayaan. :)

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • MySpace
  • TwitThis
  • Yahoo! Buzz
  • YahooMyWeb


2 Responses to “MLM, Skim Cepat Kaya & Kebenarannya..”

  1. Juan Says:

    Sangat berguna post ini. Diharapkan selepas ini, orang ramai yang membaca post ini akan lebih berhati-hati untuk “join” mana-mana perniagaan. Diharapkan tiada lagi orang yang tertipu dengan skim cepat kaya. Kebenarannya, itu bukan skim cepat kaya tapi ia adalah skim cepat miskin. Semoga orang ramai sedar tentang perkara ini.

    [Reply]

  2. Aqif Says:

    Insyaallah. Itulah juga harapan saya apabila menulis post ini. :)

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled