Kenapa Perlu Bermula Dengan Multilevel Marketing?

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum suatu kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Q.S. Ar-Rad 11)

Di zaman ekonomi yang semakin menggugat masyarakat tempatan untuk memperbaiki gaya hidup mereka, terdapat pelbagai peluang terutamanya dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun, tidak semua perniagaan mampu kita jalankan.

Ini berikutan terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian sebelum kita memulakan perniagaan. Sebagai contoh, modal yang diperlukan, risiko yang perlu diambil, jumlah margin keuntungan dan pelbagai lagi.

Tetapi tidak semua perniagaan memerlukan kita mengambil risiko dan mengeluarkan modal yang tinggi. Baru-baru ini, kebanyakkan mereka yang berjaya mengubah kehidupan menjadi lebih baik adalah menerusi dua jenis perniagaan iaitu:

  • Perniagaan internet
  • Perniagaan MLM

Dalam entri ini kita akan berkongsi mengenai perniagaan MLM kerana ini merupakan topik yang akan diterbitkan sentiasa dalam blog DreamDiamond.net kerana matlamat kami adalah mendidik kita semua supaya memahami potensi perniagaan MLM.

Jadi, apa yang begitu menarik mengenai perniagaan ini?

Tidak Perlu Berhutang / Melakukan Pinjaman

Dalam keadaan ekonomi yang semakin teruk melanda di negara kita ini, membuat pinjaman untuk membuka bisnes adalah satu perbuatan yang berisiko tinggi. Sebagai contoh, jika kita mahu memulakan bisnes konvensional, ia sekurang-kurangnya memerlukan RM10,000 untuk bermula.

Ada juga yang berpendapat bahawa kos untuk bermula lebih daripada RM10,000.

Menerusi perniagaan MLM atau network marketing, kita tidak perlu mengeluarkan modal sebanyak itu. Cukuplah dengan yuran pendaftaran pengedar yang hanya memerlukan kurang daripada RM100.

Modal Permulaan Rendah

Salah seorang rakan saya pernah memberitahu saya bahawa beliau pernah menyertai perniagaan MLM yang memerlukan modal lebih daripada RM1,000 untuk bermula.

Berdasarkan pengalaman saya, modal perniagaan MLM adalah wang bagi mendaftarkan diri sebagai pengedar. Melainkan jika kita mempunyai niat untuk membeli produk MLM secara pukal untuk bermula, maka modalnya adalah berbeza.

Bagaimanapun, para upline tidak boleh memaksa kita untuk mengeluarkan modal bagi mendapatkan produk. Ia bergantung pada kemampuan kita sendiri.

Tidak Perlukan Pekerja

Dalam perniagaan MLM, kita hanya perlukan dua konsep mudah untuk mengembangkan perniagaan iaitu:

  • Menaja
  • Duplikasi

Tidak seperti mana-mana perniagaan (termasuk perniagaan internet) dimana kita memerlukan sejumlah pekerja bagi melaksanakan tugasan untuk mengautomasikan perniagaan. Dalam perniagaan MLM, kita tidak perlukan pekerja.

Cukuplah sekadar kita bekerja untuk diri sendiri.

Memaksimakan Bisnes Menerusi Kuasa Internet

Kesilapan orang ramai yang mahu menceburi perniagaan MLM kerana mereka berpendapat bahawa proses menaja adalah sukar. Pendapat ini kurang tepat. Lebih-lebih lagi apabila wujudnya kuasa internet.

Menerusi internet, penajaan menjadi lebih mudah kerana kita boleh berjumpa dengan audien atau prosepek dengan lebih meluas tanpa perlu keluar rumah.

Proses membina jenama juga semakin mudah dengan wujudnya medium-medium 2.0 seperti Facebook dan blog. Sebagai contoh, laman web DreamDiamond.net mengambil kesempatan untuk memaksimakan prospek menerusi blog.

Dengan blog, kami berusaha untuk membina jenama… Seterusnya menjadikan blog ini sebagai platfom pendidikan dan meningkatkan kepercayaan prospek untuk menyertai pasukan ini.

Usaha Adalah Segala-galanya

Walaupun perniagaan MLM ini banyak kelebihannya, namun segalanya tidaklah indah seperti yang kita gambarkan. Kita sebagai seorang manusia perlu berusaha sebaik mungkin untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum suatu kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Q.S. Ar-Rad 11)

Biodata Penulis: Aqif Azizan

Penulis sepenuh masa dan merupakan seorang yang obses dengan dunia keusahawanan. Berusaha menjadikan blog DreamDiamond.net sebagai satu medium mendidik rakyat Malaysia tentang potensi perniagaan MLM.
Laman web: Klik di sini

Sebarkan artikel ini

5 Comments so far ↓

  • ajed

    salam,en.aqif u ni amway distributor ke..nice blog bro..

  • LogitechKeyboardAndMouse

    salam bro,

    bro skg giat lgi ke dgn amway since skg bro dgn flarebiz..?

    bro ad x beli rahsia mlm by zamri nanyan

    • Aqif Azizan

      Waalaikumsalam,

      Blog ini dibangunkan bertujuan untuk mendidik orang ramai, mengenai perniagaan MLM yang sering disalah tafsir.

      Saya masih lagi bersama Flarebiz Network. Saya masih lagi belum menjalankan perniagaan Amway sepenuhnya, cuma menggunakan produk sahaja.

      Tentang ebook Zamri Nanyan, saya tidak memilikinya.

      Terima kasih tuan. :)

      • ajed

        ye bro,masyarakat telah salah fhm ttg MLM yg kbnykn mereka ingat skim cepat kaya..kena bnyk afford+kesabaran bila nak explain pd prospek..dulu saya pun mcm mereka..tp stelah fhm apa itu MLM terutama plan perniagaan Amway..saya bnr2 teruja! Blm terlambat bg saya nk buat bisnes ni..better late than never! Semoga Allah kuat kan semangat kita semua..Amin..

  • AdamHawa

    Salam Aqif Azizan, tahniah atas kewujudan weblog ini. Boleh saya tahu, siapa Direct Distributor kamu? Saya juga pengguna dan pengedar produk Amway, mungkin kita boleh jumpa di Sunway Convention Center 26 Feb nanti. :)

    Sekurang-kurangnya, ada usaha berterusan daripada orang seperti anda bagi menjelaskan kepada orang ramai apa itu MLM yang sebenar.

Leave a Comment

Syariah Compliant Company: