Mengapa Blog Design Memainkan Peranan Penting Dalam Bisnes MLM?

Penilaian jenama dalam bisnes MLM bermula daripada ‘first impression’ pelawat

Entri ini sebenarnya mahu minta kerjasama antara kita semua supaya menilai balik apa yang telah berlaku pada blog-blog MLM yang lain. Sepertimana yang kita sedia tahu, penjenamaan memainkan peranan yang amat penting.

Sebagai seorang usahawan MLM yang ingin mempromosikan peluang perniagaan atau produk anda di internet terutamanya menerusi blog, maka anda perlu memahami bahawa persembahan blog anda merupakan ‘first impression’ pelawat.

Biar saya jelaskan sebaik yang mungkin… Jika blog anda tidak mempunyai daya tarikan yang secukupnya, maka jangan salahkan para pelawat apabila mereka tidak ingin mengunjungi blog anda walaupun setiap entri yang anda tulis hebat-hebat belaka.

Hal ini saya belajar dari salah seorang mentor usahawan yang mempunyai blog network bernilai ratusan ribu ringgit iaitu Collis Ta’eed, pemilik Envato.

Dalam satu temuramah eksklusif mengenai penjenamaan, Collis memberitahu bahawa asas penjenamaan blog bermula daripada desain themes blog itu sendiri.

Pelaburan Untuk Desain Blog Anda

Meskipun Collis bukan usahawan MLM, saya percaya dengan kata-kata beliau tentang aspek penjenamaan. Pada awalnya, DreamDiamond.net juga menggunakan themes-themes blog percuma yang terdapat begitu banyak di luar sana.

Ini menyebabkan kami sukar untuk menjenamakan diri secara maksima kerana rata-rata pelawat dapat tahu bahawa themes ini digunakan oleh blogger-blogger lain.

Oleh sebab itu saya sanggup melaburkan wang untuk belajar tentang reka bentuk theme blog ini. Walaupun masih di tahap permulaan, tetapi cukuplah sekadar DreamDiamond.net menjadi blog yang baru dan unik di mata pelawat setakat ini.

Jangan Jadi Selfish, Fikirkan Pembaca Anda

Blog yang baik adalah blog yang dapat memenuhi kehendak pembaca. Ya, anda tidak bina blog MLM untuk diri anda sendiri. Anda bina untuk mereka, untuk pembaca, untuk prospek-prospek yang mempunyai potensi untuk menjadi rakan niaga anda.

Jadi, berfikiran sempit untuk tidak menghias blog menjadi lebih profesional adalah perkara yang merugikan bisnes MLM anda.

Satu Soalan Yang Bermain Di Fikiran…

Apabila memikirkan tentang themes blog, satu lagi soalan yang bermain dalam fikiran saya iaitu:

Sejauh manakah pelaburan yang telah kita lakukan untuk menjenamakan blog?

Anda mungkin mahu tanya soalan ini pada diri anda sendiri. Setelah dinilai semula, setakat ini pihak DreamDiamond.net sudah banyak melaburkan wang, tenaga dan masa untuk membangunkan blog ini. Dengan bertujuan dapat mendidik rakyat tempatan untuk memahami lebih lanjut mengenai perniagaan MLM.

Biodata Penulis: Aqif Azizan

Penulis sepenuh masa dan merupakan seorang yang obses dengan dunia keusahawanan. Berusaha menjadikan blog DreamDiamond.net sebagai satu medium mendidik rakyat Malaysia tentang potensi perniagaan MLM.
Laman web: Klik di sini

Sebarkan artikel ini

No Comments so far ↓

Anda ingin komen? Tulis pendapat anda menerusi ruangan yang disediakan di bawah.

Leave a Comment

Syariah Compliant Company: