Ketabahan Penentu Kejayaan – Sejauh Manakah Kemampuan Anda?

Sebagai seorang usahawan, terdapat satu perkara yang memainkan peranan penting dalam mengukur kejayaan anda. Tidak lain tidak bukan, ketabahan yang anda miliki untuk berjuang sehingga berjaya. Begitu juga dalam perniagaan networking, jika anda tidak mampu bertahan dengan sebarang cabaran yang melanda, maka lupakan sahaja hasrat anda untuk memperoleh matlamat “kebebasan masa dan wang” dan sebagainya. Dengan kata lain jika tidak merasakan pahit, manakan pula dapat dirasa manisnya.

Apabila situasi yang tidak diingin berlaku seperti penolakan untuk menyertai perniagaan networking, berlaku ejekan dan sebagainya. Disinilah kekuatan mental anda diuji. Kebanyakkan pengedar yang kita lihat seringkali “mendengar” dan “mengambil serius” tentang perkara negatif yang dikatakan oleh mereka yang sememangnya tidak mengerti apa-apa, akhirnya membuat keputusan untuk mengaku kalah dalam perjuangan yang baru dimulakan bagi mencapai matlamat yang diimpikan selama ini.

Perkara seperti ini adalah kebiasan bagi mereka yang sudah berjaya. Tidak kira anda usahawan MLM, konvensional dan sebagainya, ketabahan tetap memainkan peranan penting dalam memacu diri anda ke arah kejayaan yang diingini. Lihat sahaja mereka yang berjaya, cuba anda temu ramah mereka. Pasti jawapan yang diberikan ialah, “Untuk berjaya, kita perlu mengharungi pelbagai halangan. Dengan itu barulah kita dapat kecapi kejayaan.”

Nota ini ditujukan bukan untuk para rakan niaga Dream Diamond dan juga para pembaca, bahkan ia ditujukan untuk penulis ini sendiri supaya dapat terus memperjuangkan perniagaan yang diceburi sehingga berjaya. Jika dahulu anda pernah mengaku kalah, fikirkan sekali lagi. Mengapa anda mengaku kalah? Adakah anda berpuas hati dengan keputusan yang dibuat?

Jika tidak, marilah kita sama-sama berjuang kembali ke arah matlamat yang telah anda genggam selama ini. Usah risau, tidak kira anda daripada syarikat perniagaan MLM yang lain, laman blog DreamDiamond.net ini adalah laman blog untuk semua. Tidak kira siapa anda, apakah pangkat anda, berapa banyak pendapatan anda, atau betapa hebatnya anda. Apa yang penting adalah mengingat kembali asas kita sebagai seorang manusia. Kita semua serupa, cuma apa yang membezakan salah seorang antara kita ialah cara kita menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Semoga penulisan artikel ini dapat membantu anda dalam meningkatkan motivasi diri dalam perniagaan networking yang diceburi. Sebarang pendapat dan komen anda yang bernas amat dialu-alukan di ruangan yang telah disediakan di bawah. Semoga kita sama-sama berjaya memburu impian. Salam usahawan, salam kejayaan.

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • MySpace
  • TwitThis
  • Yahoo! Buzz
  • YahooMyWeb


Leave a Reply

CommentLuv Enabled