Rahsia membina ‘Rapport’ dalam perniagaan MLM

Komunikasi terdiri dari komponen iaitu komunikasi lisan/pertuturan (7 peratus) dan bukan lisan (93 peratus). Komunikasi bukan lisan pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu tonaliti/lenggok suara (38 peratus) dan bahasa tubuh atau body language (55 peratus).

Perhatikan perbualan di bawah:

Ahmad : Heloo,…. Siapa disana? …..

Ah Lim : Sayalah Ah lim…Lu ala masa tak… lantiii lu jumpa gua..

Ahmad : Haiii ya lim wa talak senang ooo , lu latang sini la gua lagi sibuk ooo.

Ahmad : Heloo,…. Siapa disana? …..

Ramasami : Sayalah Ramasami ayoo yoo awak sudah lupa saya punya nama ka?

Ahmad : Ayoo yooo bukan suda lupa, tambi punya suara sikit banyak lembut… saya suda pening mana satu punya orang ini.

Sering terjadi perbualan kita mengajuk cakap seseorang rakan kita. Kita mengajuk atau meniru gaya perbualan mereka tanpa kita sengaja. Perkara tersebut berlaku dengan cara yang spontan. Minda bawah sedar kita cuba bertindak untuk menjalinkan sebuah hubungan yang baik dengan rakan bercakap kita. Dalam bahasa NLP (Neuro Linguistic Programming) disebut rapport.

Rapport merupakan sebuah alat berkomunikasi yang sangat luarbiasa. Untuk memulakan komunikasi, perbualan dan menjalin hubungan sedar maupun bawah sedar, terutama dengan orang yang baru kita kenal. Dengan menggunakan rapport kita dapat memasuki wilayah hubungan yang lebih mendalam dan mesra. Dengan cara tersebut kita mudah mengendalikan fikiran orang yang kita berkomunikasi.

MATCHING/MIRRORING – STRATEGI UNTUK MENJALIN RAPPORT

Matching/mirroring merupakan strategi di mana anda meniru atau mengajuk fisiologi dan gaya perbualan mereka. Postur tubuh yang sama ketika berkomunikasi yang sama memperlihatkan kesediaan pihak yang berkomunikasi dengan kita untuk mendengar dengan baik dan memyebabkan mereka yang mendengar bersama lebih selesa kerana mereka mempunyai persamaan.

Anda juga meniru nada tinggi dan rendah, cepat lambat, volume suara, dan lain-lain. Bahasa yang digunakan melalui penggunaan kata-kata sesuai representational system (komunikasi melalui indera manusia), kata-kata khas dan lain-lain.

------------------------------------------
Info Penulis:

Aqif Azizan
E-Commerce Business Consultant
eKursus "Rahsia Membina Sistem Perniagaan 7 Angka"
sistem@dreamdiamond.net
Hak Cipta Terpelihara DreamDiamond.net


Bagaimana menjadi pemimpin yang luar biasa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sepertimana yang kita tahu, perniagaan jaringan atau lebih dikenali sebagai network marketing lebih dikenali dengan perniagaan yang bersifat kepimpinan. Pemimpin yang dimaksudkan adalah dari segi pengurusan perniagaan mereka dan pencapaian setiap rakan niaga yang bekerjasama dalam pasukan perniagaan tersebut.

Adakah ini bermakna setiap individu yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini perlu mempunyai sifat kepimpinan? Bagi saya, sifat kepimpinan merupakan aspek penting dalam membawa perniagaan jaringan ke tahap yang lebih baik. Ini berikutan, kita akan meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan rakan niaga dan hakikat yang perlu kita fahami ialah kebanyakkan rakan niaga kita masih tercari-cari jalan penyelesaian.

Namun begitu, persoalan yang bermain-main dalam fikiran kita adalah mengetahui sifat-sifat kepimpinan dan bagaimana untuk mewujudkan pengaruh yang ramai. Bukan sahaja ramai, malah bilangannya meningkat hari demi hari.

Dalam entri kali ini saya akan huraikan sedikit sifat kepimpinan yang perlu ada dalam diri kalian. Jadi, cuba fahami dan hayati apa yang cuba disampaikan. Mari kita bermula pada sifat yang pertama iaitu…

Sanggup untuk berubah demi kebaikan

Menjadi seorang pemimpin seperti seorang yang memegang tanggungjawab besar. Ini berikutan mereka adalah “decision maker”. Jadi, anda perlu mempunyai sifat sanggup untuk berubah demi mencapai matlamat yang diinginkan. Sebagai contoh, jika sebelum ini anda merupakan seorang yang mempunyai sifat yang pemalu, maka anda perlu bertekad untuk mula membuang sifat-sifat tersebut secara perlahan-lahan.

Sentiasa ingat, apabila menjadi pemimpin maka segala keputusan di tangan anda. Jika anda tidak mahu berubah, maka rakan niaga anda juga tidak akan berani berubah. Inilah proses peniruan kepimpinan (leaders duplication).

Turun padang dan membantu rakan niaga

Sebagai seorang pemimpin, golongan ini tidak pernah mengenal erti penat dan putus asa demi membangunkan perniagaan bersama rakan niaga yang dipercayainya. Mereka lebih sanggup menyalurkan masa, wang dan tenaga menolong rakan niaga berbanding duduk di rumah dan mengharapkan rakan niaga mereka menjalankan perniagaan tersebut.

Istilah “goyang kaki dapat duit” tidak pernah ada dalam kamus hidup seorang pemimpin. Ini berikutan mereka lebih fokus kepada memberi daripada menerima. Jadi, jika anda mahu menjadi seorang pemimpin maka ini merupakan jalan penyelesaian yang paling nyata boleh anda ikuti.

Entri mengenai sifat-sifat kepimpinan ini akan diterbitkan dari semasa ke semasa untuk tatapan para pembaca. Jangan lupa untuk meninggalkan pendapat anda menerusi ruangan komen yang disediakan dibawah. Moga sama-sama kita peroleh kejayaan yang diinginkan.

(PS: Sertai ‘Nurturing Leadership’ di Facebook untuk mendapatkan strategi menjadi pemimpin yang lebih ekstrem) :)

------------------------------------------
Info Penulis:

Aqif Azizan
E-Commerce Business Consultant
eKursus "Rahsia Membina Sistem Perniagaan 7 Angka"
sistem@dreamdiamond.net
Hak Cipta Terpelihara DreamDiamond.net


Rahsia menaja prospek menggunakan blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menggunakan blog bagi tujuan penajaan. Bagi anda yang sudah mempunyai blog, saya amat sarankan agar anda menonton video yang saya hasilkan di bawah.

Sepertimana yang kita tahu, blog dapat dijadikan medium untuk kita berkomunikasi prospek dengan lebih efektif. Dengan kata lain, anda dapat mewujudkan hubungan dan kepercayaan melalui blog.

Jadi, dalam video ini saya akan berkongsi serba sedikit mengenai:

  • Kepentingan mempunyai blog dot com sendiri
  • Apakah jenis maklumat yang diinginkan oleh prospek
  • Bagaimana membuka peluang pendaftaran perniagaan jaringan ada di blog.
  • Kepentingan membina senarai email (mailing list) dengan menggunakan autoresponder
  • Strategi mempromosikan blog (Bagi anda yang sudah buntu)

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Mohon kongsi pengalaman anda setelah mengaplikasikan ilmu yang dikongsikan melalui ruangan komen yang disediakan di bawah. Sekian terima kasih. :)

------------------------------------------
Info Penulis:

Aqif Azizan
E-Commerce Business Consultant
eKursus "Rahsia Membina Sistem Perniagaan 7 Angka"
sistem@dreamdiamond.net
Hak Cipta Terpelihara DreamDiamond.net


Perjuangan mesti diteruskan…

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Moga para pembaca DreamDiamond.net berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Dalam entri kali ini, mari kita sama-sama lakukan muhasabah diri seterusnya membangkitkan gergasi yang sedang tidur dalam diri masing-masing.

Saya akui, sejak kebelakangan ini saya kurang bertindak untuk memajukan perniagaan jaringan. Kadangkala rasa mahu mengalah itu muncul kerana usaha yang dicurahkan tidak membuahkan sebarang hasil lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan wang. Bagi seorang pelajar yang menjalankan perniagaan separuh masa, ia memerlukan komitmen dan fokus bagi mencapai matlamat dalam perniagaan.

Bukanlah mudah untuk budak hingusan seperti saya melakukan perniagaan jaringan. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan perjumpaan prospek di luar negeri. Pernah suatu ketika dahulu, seorang prospek dari negeri yang jauh dari Selangor menyatakan minat untuk menjadi rakan niaga. Terkejut juga dibuatnya kerana saya sendiri tidak mengenali individu tersebut.

Namun begitu, setelah menghubungi beliau, barulah saya sedar bahawa beliau mengenali saya melalui internet dan mengetahui bahawa saya membangunkan perniagaan jaringan. Lantas membuatkan individu tersebut berminat untuk menjadi rakan niaga saya.

Perjalanan ke destinasi bermula…

Membuat keputusan untuk bergerak ke negeri tersebut merupakan ‘idea gila’ kerana ramai yang menasihati saya bahawa fikirkan terlebih dahulu kerana ia melibatkan wang, masa dan tenaga yang banyak. Di saat itu pula saya memang kesuntukan wang, tetapi apakan daya, peluang sebegini sepatutnya tidak dilepaskan. Mungkin ia akan mengubah dunia perniagaan jaringan saya.

Jadi, keputusan telah dibuat dan perjalanan ke negeri orang pun bermula. Pada saat itu, perkara yang bermain di fikiran saya ialah, “Betulkah apa yang aku lakukan ini? Adakah keputusan yang aku lakukan ini dapat mengubah masa depanku atau bakal membawaku ke lembah masalah semula?”. Soalan tersebut bermain-main difikiranku sehingga aku sampai ke destinasi tersebut.

Alhamdulillah, proses pendaftaran rakan niaga telah selesai dilakukan. Kini saya perlu kembali semula ke rumah. Pada saat ini, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa letihnya badan ini apabila pergi dan balik pada hari yang sama.

Hasilnya tidak seperti yang dijangka…

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan. Tiada apa yang berubah. Saya sendiri berasa hairan kerana rakan niaga tersebut langsung tidak menghubungi untuk mendapatkan sebarang nasihat atau pertolongan berkenaan dengan pembangunan perniagaan. Pelbagai cubaan telah dilakukan untuk menghubungi beliau, namun tiada siapa yang menjawab.

Sebuah perjuangan yang sia-sia. Namun adakah ianya benar sia-sia atau ia merupakan pengalaman yang bermakna untuk menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya?

Pengajarannya…

Dalam hidup ini, kita akan dihimpit kesusahan dan kesenangan tanpa mengira waktu. Jadi, janganlah mudah untuk berputus asa. Gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya. Jadikanlah kegagalan tersebut sebagai satu pengalaman manis dan teruskan perjuangan anda sehingga matlamat dapat dicapai.

Insya Allah, saya doakan kejayaan anda.

------------------------------------------
Info Penulis:

Aqif Azizan
E-Commerce Business Consultant
eKursus "Rahsia Membina Sistem Perniagaan 7 Angka"
sistem@dreamdiamond.net
Hak Cipta Terpelihara DreamDiamond.net


Semuanya memerlukan komitmen dan konsistensi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi menjadikan blog DreamDiamond.net sebagai wadah informasi bagi perniagaan MLM anda. Baru-baru ini saya dikejutkan dengan sebuah notifikasi di Facebook dimana seorang individu tersebut mengatakan bahawa beliau mempunyai semangat semula untuk berjuang dalam perniagaan MLM semula setelah membaca entri-entri DreamDiamond.net.

Adakah saya seorang yang hebat?

Tidak sesekali. Saya juga manusia biasa seperti anda, mempunyai kelebihan dan kekurangan. Cuma apa yang membezakan kita adalah impian dan matlamat yang ingin dikecapi. Meskipun saya tidaklah tergolong dalam golongan usahawan MLM yang berjaya, tetapi saya juga mempunyai impian dan saya yakin bahawa impian tersebut akan dapat dikecapi tidak lama lagi.

Komitmen – Sebaik sahaja anda membuat keputusan untuk bertindak

Ada yang berkata, “Tindakan pertama menentukan kejayaan”. Saya setuju dengan pendapat tersebut. Namun begitu, tindakan berterusan adalah kemuncak bagi memperoleh kejayaan. Disinilah bermulany komitmen.

Hari ini mungkin kita bertindak, esok atau lusa mungkin tidak. Jadi, bagi memastikan perjalanan ke arah matlamat anda berjalan dengan lancer, pastikan anda meletakkan komitmen untuk melakukan sesuatu. Dengan kata lain, “Buat biar sampai jadi”.

Konsistensi – Amalan setiap saat, jam dan hari anda

Bagi memudahkan pemahaman kita semua, konsistensi berkait dengan amalan yang kita lakukan setiap hari. Dalam kehidupan, kita akan mandi setiap hari, gosok gigi, solat dan banyak lagi. Begitu juga dalam perniagaan, konsisten memainkan peranan penting bagi terus memajukan serta mengukuhkan perniagaan.

Dalam perniagaan, pemasaran harus dilakukan secara konsisten. Lihat sahaja syarikat-syarikat besar seperti Maxis, Digi dan Celcom. Syarikat-syarikat seperti ini sudah mempunyai aset sehingga berbilion ringgit, namun mereka tetap melakukan pemasaran.

Mengapa demikian? Kerana pemasaran adalah nadi dalam perniagaan. Jika tiada pemasaran, maka tiada keuntungan. Jika tiada keuntungan, maka anda akan rugi. Konsepnya semudah itu.

Kesimpulannya, apa yang paling penting ialah komitmen dan konsistensi anda untuk memajukan perniagaan. Semoga entri ini sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat anda untuk terus berjuang. Salam kejayaan daripada saya.

(P.S: Alhamdulillah, Nutrisi 2.0 telah berjaya dilancarkan. Sila layari http://www.dreamdiamond.net/nutrisi bagi mendapatkan dua ebuku eksklusif daripada pihak kami iaitu ‘5 Strategi Mendapatkan Motivasi Bersenam’ dan ‘Rahsia Diet Sihat Tanpa Bersenam’)

------------------------------------------
Info Penulis:

Aqif Azizan
E-Commerce Business Consultant
eKursus "Rahsia Membina Sistem Perniagaan 7 Angka"
sistem@dreamdiamond.net
Hak Cipta Terpelihara DreamDiamond.net