Keunikan Dalam Pasukan MLM Anda Adalah Satu Kelebihan

Kelebihan menjadi unik dalam sesuatu perkara dapat membezakan anda daripada orang lain. Begitu juga dalam perniagaan MLM. Apabila anda mempunyai keunikan yang tersendiri dalam pasukan MLM, anda telah berjaya mengasingkan pasukan anda dengan pasukan-pasukan MLM yang lain. Ini merupakan salah satu faktor utama kejayaan perniagaan MLM yang dinyatakan oleh Ray Ling dalam buku terbaru beliau iaitu “Secrets of Young Internet Millionaire”.

Membina Identiti Tersendiri

Apabila anda dapat mewujudkan satu kelainan dalam pasukan MLM anda, maka secara tidak sedar anda telah membina identiti perniagaan anda sendiri. Percaya atau tidak, ramai usahawan MLM yang berjaya setuju bahawa prospek akan lebih cenderung untuk menyertai perniagaan jika terdapat unsur-unsur keunikan dalam pasukan MLM anda.

Unsur keunikan ini terbahagi pada dua bahagian iaitu keunikan dalam perniagaan dan keunikan dalam personaliti anda sendiri. Saya sarankan agar anda mewujudkan keunikan terhadap personaliti anda terlebih dahulu kerana prospek akan menilai keperibadian anda terlebih dahulu sebelum melihat perniagaan MLM yang anda sarankan pada mereka.

Namun apakah unsur-unsur yang diperkatakan itu? Pada saya, membina keunikan sendiri merupakan perkara yang mudah tetapi sukar untuk diaplikasikan iaitu dengan menjadi diri sendiri.

Keunikan Tersendiri (Be Yourself)

Menjadi diri sendiri adalah jalan penyelesaian yang terbaik untuk membina keunikan dalam personaliti anda. Ini disebabkan apabila anda menjadi diri sendiri, secara tidak sedar anda berlaku jujur terhadap diri sendiri dan prospek dapat melihat keperibadian anda dengan mata kasar.

Saya pernah mendengar beberapa masalah yang dihadapi bagi mereka yang ingin menunjukkan identiti mereka yang sebenar dimana mereka begitu takut dikritik oleh orang lain. Buat pengetahuan anda, kritikan adalah perkara semulajadi yang berlaku di sekeliling kita. Tidak kira apa jua yang anda lakukan, kritikan tetap akan datang pada anda.

Oleh itu, anda perlu memberanikan diri anda untuk melakukan sesuatu. Walaupun kritikan berada dimana-mana sahaja, namun ia terpulang pada kita untuk menerimanya atau meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Mementingkan Hubungan Antara Prospek dan Ahli, Bukan Wang Semata-mata

Mengenai keunikan dalam perniagaan pula, aspek yang perlu diambil berat ialah hubungan antara prospek dan ahli pasukan MLM. Bagi mereka yang masih baru dalam perniagaan MLM, wang bukanlah segala-galanya dalam perniagaan ini. Tetapi hubungan persaudaraan yang dapat dibina antara satu sama lain adalah tunjang utama mengapa perniagaan MLM mereka terus teguh sehingga hari ini.

Saya harap artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak inspirasi dan motivasi untuk anda terus melangkah kehadapan dalam perniagaan internet anda. Bagi mereka yang ingin menyertai pasukan Dream Diamond dan mengetahui apakah perniagaan networking yang kami jalankan, maka jangan segan silu untuk menghubungi saya. Salam kejayaan.

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • MySpace
  • TwitThis
  • Yahoo! Buzz
  • YahooMyWeb


Leave a Reply

CommentLuv Enabled