Rakan Niaga
Dalam ruangan ini, anda boleh menghubungi senarai ahli pasukan kami jika anda ingin mengetahui maklumat perniagaan ini dengan lebih lanjut. Jika anda sudah bersedia untuk menyertai perniagaan ini bersama pasukan Dream Diamond Group, kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke dalam dunia perniagaan bertaraf global ini.
Anda boleh menghubungi mereka mengikut lokasi yang berdekatan dengan anda. Anda juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan kepada mereka.
Dream Diamond Group Kuala Lumpur
Muhammad Aqif bin Azizan
Muhammad Aqif merupakan pemilik blog www.aqifstrategi.com dan juga www.dreamdiamond.net. Kedua-dua blog tersebut memberi informasi berkenaan perniagaan networking atau lebih dikenali sebagai Multilevel Marketing.
Beliau amat meminati perniagaan berkonsepkan networking kerana melalui perniagaan tersebut, beliau bukan sahaja dapat memperoleh pendapatan yang lumayan dan berterusan, malah dapat membantu rakan niaga yang menyertai perniagaan ini untuk mencapai kejayaan yang sama. Dengan kata lain, “Kejayaan Adalah Hak Milik Bersama”.
Dengan itu wujudlah sebuah pasukan yang dinamakan Dream Diamond Group. Sebuah pasukan yang menggunakan sepenuhnya kuasa internet untuk menyampaikan informasi dan mendidik para pembaca mengenai perniagaan networking dan mengapa mereka harus sertainya serta mengambil peluang keemasan dengan segera.
Bagi Aqif, perniagaan networking bukanlah skim cepat kaya atau sewaktu dengannya. Tetapi ia adalah peluang perniagaan yang amat menguntungkan untuk jangka masa panjang. Peluang perniagaan ini juga seperti perniagaan yang lain dimana anda memerlukan usaha yang berterusan untuk merasai kemanisannya. Tiada istilah “Memperoleh wang beribu-ribu ringgit dalam masa seminggu” atau seangkatan dengannya.
Tetapi “Mencapai Kejayaan Yang Pasti” adalah penekanan beliau kepada para rakan niaga apabila memulakan perniagaan ini.
Aqif boleh dihubungi melalui:
Telefon: 012-252 7909
E-mail : admin@dreamdiamond.net
Lokasi : Kuala Lumpur & Damansara











