Persepsi saya mengenai perniagaan MLM
Thursday, February 18th, 2010
Proses pembelajaran dalam perniagaan networking telah banyak membantu saya memahami selok belok dan makna sebenar disebalik perniagaan yang kebanyakkan “ditakuti” oleh pelbagai jenis manusia. Dari golongan suri rumah hinggalah ke tahap yang digelar professional. Namun begitu, tidak semua yang mempunyai pandangan negative terhadap perniagaan networking. Hanya segelintir sahaja yang memahami bahawa perniagaan ini bukan jenis SKC (Skim Cepat Kaya) atau program OASK (Orang Atas Sahaja Kaya).
Anda hanya boleh bermula jika mempunyai mentaliti yang betul
Tahun 2009 merupakan tahun pertama saya memulakan cabaran dengan menyertai salah sebuah syarikat perniagaan MLM yang merupakan perintis dalam perniagaan ini. Saya begitu yakin dengan syarikat ini bukanlah dek kerana “Peluang Buat Duit” semata-mata. Perkara pertama yang membuatkan saya begitu teruja mengenai syarikat ini ialah kualiti produk yang disampaikan kepada pengguna.
Tidak dapat dinafikan bahawa produk yang disediakan bertaraf global. Malah keberkesanannya tidak perlu lagi diceritakan oleh kerana ianya telah dibuktikan lebih 40 tahun yang lalu sehingga hari ini. Selain daripada itu, keteguhan syarikat ini juga membuatkan saya rasa bahawa pilihan ini adalah tepat, seumpama kita berjaya memulakan langkah pertama dalam perniagaan MLM iaitu “Memilih Syarikat Perniagaan Yang Dipercayai”.
Namun begitu, langkah seterusnya iaitu ia merupakan langkah yang paling kritikal dimana sikap dan mentaliti individu itu sendiri. Saya percaya kebanyakkan yang menyertai perniagaan MLM / Networking rata-rata menganggap bahawa ia dapat memberi keuntungan yang pantas. Buat pengetahuan anda, perniagaan ini tidak akan sesekali memberikan keuntungan yang pantas, tetapi ia dapat menjamin bahawa anda akan mendapat kebebasan masa dan kewangan.
Mengapa saya berkata demikian? Ini berikutan mentaliti kebanyakkan masyarakat kita yang kurangnya pendedahan terhadap makna perniagaan itu sendiri. Mereka beranggapan bahawa perniagaan MLM adalah satu jalan pintas untuk menjadi kaya raya. Jika ia dilihat sedemikian rupa, mengapa tidak semua sahaja yang menyertainya?
Apabila bercerita mengenai perniagaan, maka anda perlu jelas bahawa anda mempunyai produk atau perkhidmatan yang boleh diniagakan. Kelebihannya disini ialah:
- Anda disediakan produk oleh syarikat.
- Anda boleh meluaskan perniagaan dengan sistem penajaan yang disediakan.
- Bantuan dan sokongan perniagaan diberikan secara percuma mahupun berbayar.
Kesimpulannya, mentaliti individu itu sendiri perlu diubah agar ia dapat membentuk semangat keusahawan dalam diri sebelum melangkah masuk ke dalam dunia perniagaan. Sentiasalah berusaha untuk terus maju ke hadapan. Jangan sesekali menyerah kalah.
Seringkali kita melihat rata-rata mereka yang membuat keputusan untuk menyertai perniagaan networking jarang sekali berjaya pada awalnya. Atau lebih mudah saya katakan bahawa kebanyakkannya cuma “hangat-hangat tahi ayam” ketika mula menyertai apa sahaja jenis perniagaan MLM.


