Posts Tagged ‘dreamdiamond.net’

Bermulanya Perjalanan DreamDiamond.net

Friday, November 6th, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pelawat dan pembaca setia DreamDiamond.net. Setelah beberapa bulan bertungkus lumus menjalankan ujikaji untuk menggunakan kuasa internet sepenuhnya dalam perniagaan networking, akhirnya saya temui keputusannya jua. Walaupun ia tidaklah memberangsangkan, namun apa yang paling penting adalah nilai keberkesanannya itu.

Jika dahulu DreamDiamond.net dikenali dengan salesletternya iaitu penjualan produk “Pakej Video Perniagaan Networking” yang telah mencatatkan 150 jualan dalam masa sebulan, kini website ini akan dikenali sebagai laman blog yang menyediakan informasi padat mengenai perniagaan networking yang pasukan kami jalankan.

Laman blog ini ditujukan khas kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan perniagaan networking serta kepada rakan-rakan niaga kami yang berada jauh daripada kami untuk mengetahui informasi terkini berkaitan perniagaan networking yang diceburi. Perkongsian ilmu dan motivasi usahawan juga akan dimuatkan dalam blog ini untuk mengekalkan momentum para rakan niaga untuk mencapai impian yang diingini melalui perniagaan ini.

Semoga melalui blog ini dapat kita sama-sama mencapai kejayaan melalui perniagaan bertaraf global ini. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pendapat yang ingin dikemukakan, sila ke ruangan “Hubungi”.

Salam usahawan, salam kejayaan.