Posts Tagged ‘inspirasi perniagaan’

3 Rahsia Semangat Berpasukan Dalam Perniagaan

Friday, February 26th, 2010

Antara perbezaan yang ketara dalam perniagaan networking berbanding perniagaan-perniagaan lain yang boleh kita lihat ialah semangat bekerja sebagai satu pasukan. Mungkin ada yang kurang bersetuju mengenai kenyataan ini. Namun mari kita huraikan apakah keistimewaan jika anda semua bekerja sebagai satu pasukan.

1. Kuasa MI (Motivasi Inspirasi) Setiap Hari

Apabila anda mempunyai sebuah pasukan yang saling menyokong antara satu sama lain. Perasaan untuk mengaku kalah jarang sekali akan wujud dalam diri anda. Ramai usahawan MLM yang gagal dalam perniagaan mereka kerana cuba untuk “berdikari” dan bergerak secara perseorangan. Perkara ini tidak salah, cuma jarang sekali kita lihat golongan seperti ini berjaya mencapai matlamat kebebasan masa dan kewangan melalui perniagaan ini.

Oleh yang demikian, mewujudkan semangat berpasukan dalam perniagaan MLM anda adalah penting bagi memberi motivasi dan inspirasi terhadap satu sama lain.

2. Kejayaan Bersama

Bukankah perniagaan MLM sebuah perniagaan yang  berkonsepkan “Kita akan berjaya jika kita menjayakan orang lain”. Perkara ini sering dilupakan oleh para usahawan MLM ketika mereka pertama kali perniagaan dalam perniagaan ini. Tindakan pertama yang saya lakukan kepada pasukan saya ialah menerapkan kepercayaan sepenuhnya terhadap konsep ini agar dapat memecahkan tembok penghalang mereka untuk berjaya dalam perniagaan MLM.

3. Mengharungi Cabaran Bersama

Poin ini lebih kurang serupa dengan poin yang sebelumnya namun huraiannya lebih mendalam. Pernahkah anda rasa ingin mengaku kalah ketika menjalankan perniagaan ini? Jika anda pernah menghadapi kesukaran seperti ini, maka ia adalah jelas bahawa anda memerlukan sebuah pasukan yang sentiasa menyokong anda dari belakang.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda dalam perniagaan yang diceburi. Tujuan DreamDiamond.net ini ditubuhkan bagi memberikan motivasi dan inspirasi terhadap para usahawan MLm termasuk saya sendiri agar menjadikan ia sebagai sebuah perniagaan yang mampu memberikan kebebasan masa dan kewangan serta lifestyle yang saya idamkan 2 tahun dari sekarang.