Perbezaan MLM dan skim piramid
Thursday, June 3rd, 2010
SKIM PIRAMID (SKIM YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG)
Skim piramid adalah suatu skim yang menyalahi undang-undang di mana ia menggunakan model perniagaan berasaskan penukaran wang ringgit berdasarkan penajaan (recruitment/enrolment) kedalam skim tersebut tanpa memberi tumpuan kepada penjualan produk atau perkhidmatan.
Secara praktikalnya, cara paling mudah untuk mengenali skim piramid ini ialah ia tidak mempunyai produk dan perkhidmatan yang munasabah. Anda tidak dapat produk dan perkhidmatan yang munasabah berbanding pelaburan awal anda. Harga produk juga perlu masuk akal dan bukanlah untuk berselindung daripada penajaan semata-mata. Sebagai contoh, suatu syarikat menjual kopi kesihatan yang berharga RM250.
Namun jika dilihat dari segi kualiti dan penyelidikan produk tersebut, harga yang diletakkan adalah tidak masuk akal. Jadi, kesimpulan yang dapat dibuat ialah harga produk tersebut bukan tujuan jual beli. Tetapi lebih kepada tujuan penajaan semata-mata.
Skim piramid lebih menumpukan kepada penajaan (recruitment) pengedar-pengedar baru (kerana penajaan memberikan imbuhan kewangan) dan secara amnya tidak mengendahkan penjualan produk atau servis.
NETWORK MARKETING (model perniagaan yang sah!)
Konsep disebalik multilevel marketing adalah model pengedaran barangan di mana syarikat dapat menjual barangan and produk syarikat terus kepada pembeli dan pengguna. Ia lebih menggunakan kaedah pengiklanan dari mulut ke mulut berbanding kaedah tradisional iaitu melalui pengiklanan di media massa seperti di televisyen dan radio.
Syarikat pula memberi imbuhan kepada pengedar yang berdasarkan penjualan kumpulan pengedar tersebut. Fokus utama syarikat multilevel adalah kepada pengedaran dan penjualan produk. Malah, pengedar masih mendapat pulangan kewangan melalui penjualan produk tanpa melakukan sebarang penajaan.
Penajaan adalah satu kaedah bagaimana perniagaan mlm mengedarkan barangan dan perkhidmatan dan mencapai leverage dengan cara membina jaringan.
“I would rather earn 1% of 100 people’s efforts than 100% of my own efforts” – John Paul Getty (American Billionaire).
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi menjadikan blog DreamDiamond.net sebagai wadah informasi bagi perniagaan MLM anda. Baru-baru ini saya dikejutkan dengan sebuah notifikasi di Facebook dimana seorang individu tersebut mengatakan bahawa beliau mempunyai semangat semula untuk berjuang dalam perniagaan MLM semula setelah membaca entri-entri DreamDiamond.net.



