Tahniah dan Selamat Datang Kepada Jasrizal
Monday, November 16th, 2009
Pertama sekali tahniah diucapkan kepada saudara Jasrizal kerana telah membuat keputusan yang terbaik untuk menyertai perniagaan networking bersama kumpulan Dream Diamond Group Kuala Lumpur. Buat pengetahuan para pembaca, Jasrizal merupakan seorang pelajar yang masih menuntut ilmu di Politeknik Shah Alam. Beliau telah ditaja oleh downline saya yang begitu komited dalam perniagaan iaitu saudara Norazwan bin Jalil.
Besar harapan saya untuk berjumpa dengan saudara Jasrizal jika ada masa yang terluang untuk memberi motivasi dan inspirasi dalam membina perniagaan bertaraf global ini. Semoga Norazwan dan Jasrizal dapat membina perniagaan ini dengan berasaskan perhubungan sesama manusia iaitu saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Jika mempunyai sebarang masalah anda boleh terus menghubungi sesiapa sahaja dalam pasukan ini. Tiada istilah orang lama atau orang baru. Kami semua sama seperti anda. Mempunyai impian dan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai matlamat yang diimpikan.
Jangan sesekali mengaku kalah. Teruskan usaha dan kejayaan pasti berada di genggaman anda. Ingatlah bahawa dalam perniagaan networking bersama pasukan kami ialah “sebuah kejayaan yang pasti”. Dengan ini, kami warga Dream Diamond Group Kuala Lumpur sentiasa mendoakan kejayaan anda.
Salam usahawan, salam kejayaan.


