Posts Tagged ‘perniagaan internet’

Tingkatkan pelanggan anda dari seorang menjadi 1000

Sunday, January 31st, 2010

Jika disebutkan perniagaan MLM, maka terdapat pelbagai nama yang akan hadir dalam fikiran anda. Contohnya Amway, CNI, Hai-O dan banyak lagi. Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakkan syarikat mempunyai kelebihan dan kekuatan mereka tersendiri. Apabila berkata begini, saya sentiasa teringat akan kata-kata Donald Trump iaitu:

“Tidak guna jika mempunyai produk terbaik tetapi tidak tahu bagaimana untuk memasarkannya”

Apakah maksud disebalik kata-kata diatas? Jelas sekali bahawa pemasaran adalah nadi dalam perniagaan. Ini termasuklah dalam perniagaan MLM itu sendiri. Walaupun sehebat mana produk dan pelan pemasaran tersebut, jika anda gagal untuk memasarkannya dengan berkesan maka jangan mimpilah untuk anda memperoleh sebarang keuntungan.

Apabila bercerita mengenai pemasaran, saya dapati bahawa terdapat beberapa cara pemasaran yang dilihat efektif untuk anda lakukan. Namun, ia hanyalah sekadar pandangan. Saya yakin anda pasti mempunyai idea pemasaran yang lebih hebat dan kreatif.

Pemasaran Word-Of-Mouth

Pemasaran ini lebih bersifat hubungan antara prospek dan penjual itu sendiri dimana anda benar-benar menghargai pelanggan pertama anda. Tidak ramai yang mampu mengaplikasikan teknik ini kerana sifat peniaga yang tamak (Inginkan banyak pelanggan). Ini merupakan punca-punca perniagaan gagal pada tahun pertama.

Meskipun kita menjaga seorang pelanggan, namun ia tidak bermakna anda hanya mempunyai seorang pelanggan. Bayangkan jika mereka menyebarkan kepada kenalan mereka mengenai produk yang anda niagakan dan saranan mereka adalah dapatkan produk tersebut melalui anda dan bukanlah orang lain. Bukankah itu kelihatan lebih hebat?

Untuk meningkatkan keberkesanan pemasaran ini, anda perlu memenuhi beberapa kriteria seperti:

  • Menjaga pelanggan anda seumpama anda tidak akan mempunyai pelanggan yang layan.
  • Memberi layanan yang di luar jangkaan mereka. (Pembungkusan produk yang unik atau pemberian hadiah percuma)
  • Menghubungi mereka untuk bertanya pendapat mengenai produk.
  • Sentiasa mengingatkan pelanggan untuk menghubungi anda jika mempunyai sebarang masalah.

Jelas sekali bahawa pemasaran Word-Of-Mouth mempunyai impak yang begitu luar biasa. Secara dasarnya, anda perlu membina kepercayaan yang mendalam terhadap pelanggan tersebut. Tidak ramai yang mampu berbuat demikian melainkan mereka betul-betul meletakkan fokus.

Buat pengetahuan anda, Dream Diamond Group menyediakan peluang perniagaan untuk anda yang ingin membina perniagaan internet berkonsepkan E-Commerce dengan modal serendah RM85. Sila hubungi saya supaya saya boleh menghantarkan pembentangan perniagaan ke email anda.