Kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan MLM
Wednesday, June 2nd, 2010Artikel ini ditulis oleh penulis undangan iaitu Norazwan Jalil, pelajar, usahawan internet dan melakukan perniagaan MLM secara separuh masa. Boleh layari laman web beliau di http://www.juanjutawan.com.

Dalam zaman teknologi yang canggih kini, ramai usahawan MLM sudah terarah dan mula melakukan atau menjalankan promosi mereka untuk mencari downline dengan menggunakan medium internet sebagai platform mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Ini adalah sangat bagus kerana medium internet membolehkan mereka mempromosikan hampir ke setiap pelusuk dunia selagi ada sambungan internet. Usahawan MLM kini, boleh diumpamakan seperti usahawan WorldWide. Tapi sayang sekali, baru bermula kebanyakan usahawan ini telah pun tersungkur dari awal tanpa mereka sedari.
Kebanyakkan dari usahawan ini pula melakukan kesilapan dan menggunakan strategi dan kaedah yang tidak berkesan atau dalam kata lain menggunakan cara yang salah dalam mempromosikan perniagaan MLM mereka di Internet. Bukan itu sahaja, malah kaedah yang dijalankan sebenarnya hanya menjauhkan lagi prospek dan menjatuhkan kredibiliti usahawan tersebut.
Antara kaedah yang SALAH dan selalu dilakukan oleh usahawan MLM mempromosikan perniagaan mereka di Internet:
Menghantar email SPAM
Maksudnya, kita secara membuta main email sahaja sesiapapun tentang perniagaan yang kita jalankan. Mungkin email-email dicari secara online, melalui forum, blog dan sebagainya. Kesilapan yang dilakukan adalah mengumpul email-email ini tanpa kebenaran pemilik dan menghantar email promosi perniagaan MLM kita.
Promosi perniagaan MLM di ruang blog, forum dan facebook orang lain.
Sering kali usahawan MLM sebegini tak lepaskan peluang mempromosikan perniagaan MLM mereka di ruang komen blog, ruang balasan forum, dan juga ruang “wall” FB seseorang. Ini juga antara salah satu cabang daripada SPAM.
Menggunakan perkataan “hype” atau melebih-lebih dalam mempromosikan perniagaan MLM.
Zaman ini, pengguna Internet adalah bijak. Sebarang “hype” hanya akan disambut dengan tidak kepercayaan prospek.
Cara promosi di atas bukan sahaja tidak efektif, malah akan menjatuhkan kredibiliti seseorang usahawan MLM. Di internet, ianya sukar untuk meningkatkan kembali kredibiliti sekiranya ia jatuh. Oleh itu, jangan sesekali lakukan promosi berbentuk SPAM di atas. Hanya merugikan diri anda sendiri kerana ia akan menghancurkan perniagaan dan kredibiliti anda.
Pengajaran yang dapat kita ambil adalah usahalah dengan berterusan dengan melakukan apa yang kita minat kerana ia akan melahirkan kejayan yang mambuatkan diri kita rasa puas! Dan perlu diingatkan sekali lagi, lakukan promosi anda dengan beretika.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi menjadikan blog DreamDiamond.net sebagai wadah informasi bagi perniagaan MLM anda. Baru-baru ini saya dikejutkan dengan sebuah notifikasi di Facebook dimana seorang individu tersebut mengatakan bahawa beliau mempunyai semangat semula untuk berjuang dalam perniagaan MLM semula setelah membaca entri-entri DreamDiamond.net.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

