DreamDiamond.net » perniagaan mlm

Tips Menaja Menggunakan Internet
Dalam kes perniagaan MLM, sudah tentu anda ingin mewujudkan kepercayaan yang tinggi terhadap prospek untuk menjadi rakan niaga anda.

Jika anda seorang yang baru menceburi dunia perniagaan MLM, anda perlu tahu bahawa perniagaan anda tidak akan maju jika tidak mempunyai rakan niaga atau downline. Jika anda mengharapkan keuntungan berdasarkan jualan semata-mata, maka perniagaan MLM anda mungkin tidak akan bertahan lama.

Dengan wujudkan kuasa terbaru menerusi teknologi internet, penajaan menjadi lebih mudah. Anda tidak perlu lagi bangun awal pagi untuk keluar rumah dan berjumpa dengan prospek-prospek yang tidak berpotensi untuk menjadi rakan niaga anda.

Tetapi apakah cara yang terbaik untuk menaja menggunakan internet?

Hari ini kita dapat lihat betapa buruknya keadaan perniagaan MLM dengan begitu banyak teknik-teknik pemasaran yang tidak beretika telah dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Untuk menaja seseorang, anda perlu fokus dalam pembinaan kredibiliti dan penjenamaan diri.

Bagaimana untuk melakukannya?

Menulis Artikel Mengenai Tips Perniagaan MLM

Menulis artikel tidak memerlukan anda untuk menguasai bahasa yang baik. Cukuplah dengan menulis untuk membuatkan pembaca faham tentang apa yang anda ingin nyatakan.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh penulis adalah kebanyakkan mereka tidak tahu apa yang hendak ditulis. Bagi memudahkan pemahaman anda, sentiasa ingatkan diri anda… Anda mahu dikenali sebagai apa?

Dalam kes perniagaan MLM, sudah tentu anda ingin mewujudkan kepercayaan yang tinggi terhadap prospek untuk menjadi rakan niaga anda. Oleh itu, anda perlu pastikan artikel-artikel yang ditulis selari dengan proses penjenamaan anda.

Jika anda mahu bermula hari ini, saya sediakan beberapa tajuk yang sesuai untuk menjenamakan diri anda sebagai seorang usahawan MLM yang berkaliber:

Bagaimana memilih perniagaan MLM ‘syariah compliant’.

10 Teknik berkesan menaja downline berkualiti

Usahawan MLM – Sama seperti usahawan bisnes lain

Jangan terlalu cepat mengalah

10 Cerita motivasi perniagaan MLM

Jika mahu berjaya dalam perniagaan MLM, maka jangan mengaku kalah

Rasanya tajuk-tajuk artikel di atas lebih daripada cukup untuk membuatkan pembaca mengenali anda sebagai seorang usahawan MLM yang berkredibiliti tinggi. Adakah anda mempunyai idea artikel yang lebih menarik?

Rahsia Menjadi Pemimpin MLM Disegani
Segala beban dan tanggungjawab perlu ditanggung oleh upline bagi mendidik rakan niaga mereka mencapai matlamat kebebasan masa dan kewangan.

Menjadi pemimpin dalam perniagaan MLM bukanlah satu tugas yang mudah. Segala beban dan tanggungjawab perlu ditanggung oleh upline bagi mendidik rakan niaga mereka mencapai matlamat kebebasan masa dan kewangan yang diinginkan.

Dalam masa yang sama, sifat-sifat kepimpinan mesti dipupuk dalam diri setiap individu yang menyertai perniagaan multi level marketing supaya kumpulan perniagaan dapat berkembang dengan pesat dan tidak ada sebarang cacat cela dalam perniagaan.

Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, anda perlu…

Utamakan Rakan Niaga Anda Terlebih Dahulu

Sepertimana yang kita sedia tahu, bisnes ini memerlukan kerjasama antara upline dan downline secara berterusan untuk terus maju. Kebanyakkan kegagalan yang berlaku sebenarnya bukanlah sebab syarikat perniagaan mahupun produk yang diedarkan, tetapi kurangnya kerjasama antara mereka.

Ramai upline yang mengamalkan sikap melepaskan batuk di tangga apabila membawa rakan niaga baru masuk ke dalam kumpulan mereka dimana mereka beranggapan bahawa rakan niaga mereka sepatutnya belajar berdikari dan menjalankan perniagaan dengan sendiri.

Tanggapan ini sebenarnya adalah silap kerana mereka memerlukan bantuan penaja mereka. Bayangkan downline anda tidak mempunyai sebarang ilmu mengenai perniagaan, bagaimana mereka mahu bermula?

Bantu Mereka dan Mereka Akan Membantu Anda

Saya percaya dengan falsafah yang dikemukakan oleh para usahawan multi level marketing yang telah berjaya dimana mereka begitu tekankan, “What you give, you get back”. Ramai yang cenderung meninggalkan penaja mereka kerana mereka dapati bahawa penaja tersebut tidak pernah membantu mereka untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan yang diinginkan.

Ini juga akan membuatkan downline anda beralih arah seperti menyertai kumpulan perniagaan yang lain dan apa yang buruk ialah mereka akan memperkatakan benda yang kurang enak mengenai sikap anda yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang penaja.

Seorang Pemimpin Bijak Menduplikasikan Diri Mereka

Duplikasi adalah kuasa sebenar dalam perniagaan multi level marketing. Dalam konteks kepimpinan, seseorang penaja itu harus tahu bagaimana untuk mendidik rakan niaga mereka supaya dapat meniru corak perniagaan dan pemasaran yang dilakukan oleh penaja.

Proses ini boleh dididik melalui perjumpaan yang kerap antara penaja dan downline atau mengadakan mesyuarat perniagaan dan pembentangan pelan pemasaran setiap minggu. Ia akan mengambil masa sebelum anda dapat lihat duplikasi ini berjalan dengan lancar.

Tetapi apa yang berani saya katakan ialah… Apabila duplikasi ini berjaya dihasilkan, setiap usaha yang telah anda laburkan dijamin berbaloi.

3 Perkara Penting Sebelum Anda Menyertai Perniagaan MLM
MLM is not a get-rich-quick scheme, stupid people and company does that.

Anda pasti tahu bahawa setiap perniagaan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ini tidak terkecuali dalam perniagaan MLM. Ada yang berpendapat bahawa perniagaan ini mampu memberikan kebebasan masa dan wang.

Dalam masa yang sama, terdapat segelintir masyarakat yang kurang bersetuju dengan kenyataan ini dan jika anda mahu saya senaraikan mengapa mereka tidak bersetuju maka senarainya tidak akan habis.

Perniagaan MLM juga mempunyai peraturan tersendiri supaya anda boleh berjaya dengan mudah. Saya akan berkongsi dengan anda 3 perkara penting yang perlu anda berikan perhatian sebelum menyertai mana-mana syarikat.

Jadual Pembayaran Komisyen

Kesilapan usahawan MLM lebih-lebih lagi si pemula adalah terlalu teruja untuk mendapat  wang yang banyak dalam syarikat yang baru diceburi tanpa menyiasat sebarang latar belakang syarikat khususnya bab-bab pembayaran komisyen.

Jangan biarkan diri anda tertipu setelah berusaha. Pastikan anda selidik betul-betul bagaimana proses pembayaran komisyen akan dilakukan. Adakah anda akan dibayar setiap bulan? Setiap 2 minggu? Atau setiap hari?

Hal ini boleh dirujuk dengan bertanyakan upline anda yang berpengalaman atau anda boleh hubungi syarikat MLM tersebut.

Adakah Anda Sanggup Beri Komitmen

Perniagaan MLM serupa sahaja seperti mana-mana perniagaan yang lain. Jika anda mempunyai semangat untuk berjaya yang tinggi, maka saya pasti anda mampu untuk berjaya dalam perniagaan MLM. Kejayaan seseorang itu ditentukan oleh komitmen yang sanggup diberikan.

Oleh demikian, tanya diri anda terlebih dahulu. Adakah anda sanggup berusaha dan bersedia untuk memberikan komitmen bagi mengubah masa hadapan anda menjadi lebih baik menerusi perniagaan MLM?

Lihat Siapa ‘Bakal Upline’ Anda

Duplikasi adalah perkara kritikal dalam perniagaan MLM. Jika upline anda seorang yang kuat berusaha, maka tidak mustahil anda bakal mengikut jejak langkahnya. Jika dia seorang yang pemalas, maka tidak mustahil juga untuk anda menjadi seorang yang malas.

Dalam memilih upline yang terbaik, pastikan anda menilai dari sudut moral dan mental mereka seperti bagaimana tingkah laku dan cara pemikiran. Bukannya dari aspek fizikal semata-mata seperti jumlah wang yang mereka ada, kemewahan dan sebagainya.

Kenapa saya berkata demikian? Kerana apabila anda menyertai mana-mana syarikat MLM buat pertama kali, anda akan berada dalam keadaan yang sama seperti mereka iaitu ‘zero experience’.

Jadi itulah perkongsian yang dapat saya tulis untuk entri kali ini. Walaupun saya dan kebanyakkan rakan niaga DreamDiamond yang lain masih baru dalam perniagaan MLM namun kami mempunyai niat untuk mendidik para pembaca bagi memahami potensi perniagaan.

Apa pendapat anda tentang 3 perkara penting ini? Mungkin ada tambahan yang ingin dikongsikan?