Bagaimana Untuk Berjaya Dalam Perniagaan MLM

Baru-baru ini saya ada berbual dengan seorang rakan. Beliau merupakan salah seorang ejen jualan langsung MLM.

Semasa dalam perbualan kami,beliau ada menyatakan kepada saya yang beliau mahu meninggalkan syarikat MLM sekarang ke syarikat yang baru. Katanya, dah tak boleh untung lagi. Jika diteruskan umpama menjerat diri sendiri.

Kemudian, beliau juga menyalahkan sistem yang telah diikutinya sejak dari mula melibatkan diri dengan syarikat tersebut. Tapi itulah sistem yang telah memberinya duit tambahan selama ini.

Baiklah, itu cerita sahabat saya yang berusia lewat 20-an.

Tiada perniagaan yang gagal tetapi manusia itu sendiri yang gagal

Berpegang pada kata-kata itu, saya ingin menasihatkan diri saya dan para pembaca agar merancang perniagaan dengan strategi yang teratur.

Kita sama sekali tidak boleh menyalahkan perniagaan kerana gagal memberi kita pulangan yang lumayan. Sebaliknya, lihat dahulu apa yang telah kita lalukan dalam perniagaan tersebut.

Untuk berjaya kita perlukan mindset sebagai seorang yang berjaya. Kita juga haruslah lebih bersemangat. Kalau kita sendiri tidak bersemangat, cakap pun tidak yakin, bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin?

Ada orang yang berjaya, tetapi bukan kita

Kita tidak berjaya, tapi ada ramai yang berjaya melakukannya dengan mengikut sistem yang sama. Jadi, bolehkah kita untuk terus menyalahkan sistem sesebuah syarikat MLM?

Saya sarankan supaya anda rapatkan diri anda dengan mereka yang berjaya. Dapatkan nasihat, pendapat dan tips untuk kita berjaya sepertinya. Pemimpin-pemimpin seperti ini biasanya tidak lokek untuk berkongsi resipi kejayaan.

Selain itu, untuk berjaya dalam perniagaan MLM adalah networking atau downline kita. Itu adalah perkara yang penting.

Rakan saya tadi ingin lompat pada syarikat MLM yang lain. Jadi, dia perlu mencari networking atau downline yang baru. Maknanya beliau perlu mulakan perniagaan dari bawah. Ya, jika anda juga sepertinya, anda akan mulakan dari kosong.

Itu adalah salah satu sebab atau punca anda lambat berjaya dalam perniagaan MLM yang anda jalankan. Anda tiada fokus, bertukar-tukar syarikat bukanlah jalan bijak untuk anda mencapai kejayaan.

Pilihan ditangan anda, buatlah pilihan yang bijak.

Biodata Penulis: Norazwan Jalil

Merupakan seorang usahawan yang komited untuk membantu para usahawan lain agar sama-sama dapat melangkah ke arah kejayaan. Juga merupakan seorang penulis surat jualan.
Laman web: Klik di sini

Sebarkan artikel ini

No Comments so far ↓

Anda ingin komen? Tulis pendapat anda menerusi ruangan yang disediakan di bawah.

Leave a Comment

Syariah Compliant Company: